
Lepak Zus Coffee UDA Business Centre Dengan Sis Lin | Cerita Jumaat lepas, selepas Ummi cuci-cuci mata di Outlet Terbaru Butik JAMILAH di UDA Business Centre. Kebetulan jumpa Sis Lin, jadi Ummi ajaklah dia lepak sama mengopi mengezus hehehe.
Kami ni bukan senang nak jumpa, lepak-lepak santai ni. Biasanya jumpa time event, itu pun bukanlah dapat berbual lama. Masing-masing banyak komitmen kehidupan sendiri, jadi bila ada kesempatan moh la kita mengopi berbual tentang blog, tentang hidup hehehe sambil makan Tomyum Chicken Puff dan menghirup Iced Spanish Latte kegemaran hehehe. Biasanya Ummi beli ZUS Signature Curry Puff je, tak pernah makan yang Tomyum Chicken Puff ni, sedap rupanya. Next time nak beli lagi hahaha. Tapi size kecil la tak macam curry puff biasa tu besar hehehe. Favourite Syahid tu.
Lepas ngopi-ngopi, bertebaranlah kami menuju haluan masing-masing. Ummi baru tersedar dari lena yang panjang kena masuk office semula hahaha. Thanks sis sudi melepak bersama saya, jumpa next event kalau panjang umur.
Lepak Zus Coffee UDA Business Centre Dengan Sis Lin