Outlet Terbaru Butik JAMILAH di UDA Business Centre | Misi “Jalan-jalan Cari Baju” sempena pembukaan outlet terbaru Butik JAMILAH di UBC. Biasanya lunch hour 2 jam di hari Jumaat Ummi isikan dengan JJCM dengan Geng Mak-mak di office. Tapi kali ni, Ummi meronda UBC sorang-sorang je hehehe.
Masuk butik je mata dah terpaut dengan satu blouse ni, tapi memandangkan nak cari blouse warna dark purple jadi Ummi KIV la dulu blouse pilihan hati tu. Harap bila Ummi datang lagi nanti masih ada lagi stok blouse tu hehe. Rata-rata yang view srtaus whatsapp, innstagram dan facebook Ummi komen baju cantik dan nampak sweet. Aduhaiii lagi membuak-buak la rasa nak membeli.
Butik JAMILAH “One Stop Centre”
Macam biasa Butik JAMILAH ni ibarat “One Stop Centre” tau. Tak payah susah-susah nak pergi banyak kedai sebab kat sini dah ada baju dari ayah, ibu hinggalah ke anak-anak. Maklumlah kita emak-emak kadang banyak kekangan kalau shopping dengan anak-anak ni jadi kalau semua yang nak dicari ada setempat maka jimatlah masa dan tenaga hehe.
Set Pakaian Sedondon Anak-beranak
Ada kurung moden, mini kurung, kebaya, kebarung, baju melayu, skirt, seluar, Kurta KACAX dan juga aksesori seperti brooch, kain samping dan lain-lain lagi. Kalau nak cerita pasal Kurta KACAX ni, kalau korang follow rapat-rapat Ummi memang korang tahu la, hero-hero Ummi tu semua memang pemakai Kurta KACAX tegar hehehe. Setiap kali raya memang terus tuju ke sini jke mencari Kurta. Jadi memang Ummi recommend la kat korang. Of course kurta diorang tu biasanya akan sedondon 4 beranak.
Boleh baca sini >> 5 Sebab Korang Kena Beli Kurta KACAX
Set Pakaian Nikah Lelaki & Perempuan Butik Jamilah
Set pakaian nikah pengantin pun ada untuk pengantin lelaki dan perempuan. Saiz dewasa dari saiz S hingga 5XL, manakala untuk kanak-kanak saiz dari 0 hingga 12 tahun. Terdapat lebih dari 50 pilihan warna, lebih 20 pilihan design dengan menggunakan pelbagai material kain yang selesa dan sejuk. Yang penting sekarang ni bagi Ummi sebagai emak, lebih suka mencari baju yang ironless. Cepat dan menjimatkan masa hehe.
Geram je lah Ummi tengokkan set kurung untuk anak dara comel ni. Pakkal je la Ummi ni tak ada anak dara hehe. Kalau tak konfem dah beli sedondon.
Kasi can lah Ummi kau berangan jadi model kampungan di Butik Jamilah hahaha. Semua yang Ummi try ni adalah yang terpaling Ummi suka hehehe. Boleh mix & match tau blouse dan pleated skirt hehehe.
Ruang Luas & Selesa
Ruang menunggu yang selesa untuk encik suami dan anak-anak yang ikut masuk ke Butik Jamilah. Fitting room pun luas & ada cermin yang besar untuk korang posing dengan baju baru hehehe.
Promosi Pembukaan Butik Jamilah Harga Serendah RM39
Sempena pembukaan new outlet ni, Butik JAMILAH menawarkan harga promosi serendah RM39 untuk pakaian yang terpilih. Kalau tengokkan kualiti dan design memang berbaloi la dengan harga promosi. Rugi kalau tak grab. Boleh simpan buat baju raya hehe. Korang gi la outlet baru ni, cuci-cuci mata gitu. Jangan lupa tengok update terkini di Busana Jamilah
BUTIK JAMILAH UBC
Alamat: 27, Jln Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
Telefon: 013-880 1037
Waktu Perniagaan:
Dibuka setiap hari
10.00 pagi – 7 petang
Update promosi terkini:
Tiktok Butik Jamilah
Instagram Butik Jamilah
Facebook Busana Jamilah
tahniah atas pembukaan terbaru butik jamilah.Best kalau shopping baju raya kat sini, boleh carikan baju satu family. Yang penting harga berbaloi ngan material kain dia
kannn senang gi satu kedai blh dpt 1 family pnye pakaian