Faber-Castell Lakar Rekod Baharu Dalam Pembelajaran Inovatif Dengan Program Score A Dan Anugerah Artis Muda Di Malaysia

Education

Faber-Castell Lakar Rekod Baharu Dalam Pembelajaran Inovatif Dengan Program Score A Dan Anugerah Artis Muda Di Malaysia | Peneraju pembelajaran dan kreativiti yang terkemuka, Faber-Castell telah sekali lagi menjayakan Program Score A untuk tahun kedua serta Anugerah Artis Muda (Young Artist Award) 2023 untuktahun ketiga. Kedua-dua inisiatif ini direka untuk menyemarakkan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran, bagi memberi inspirasi kepada para pendidik dan pelajar untuk mempamerkan prestasi lebih cemerlang di sekolah. Dengan sokongan Kementerian Pendidikan, penganjuran ini melambangkan satu lagi komitmen Faber-Castell pada tahun ini untuk memacu strategi pembelajaran kreatif yang merevolusikan bidang akademik di Malaysia.

Faber-Castell Lakar Rekod Baharu Dalam Pembelajaran Inovatif Dengan Program Score A Dan Anugerah Artis Muda Di Malaysia

Program Score A & Anugerah Artis Muda 2023

Program Score A melengkapkan guru-guru dengan 10 teknik pembelajaran kreatif yang praktikal, yang kemudiannya disampaikan kepada para pelajar mereka. Berdasarkan pengetahuan yang dipindahkan daripada guru-guru, aplikasi teknik pembelajaran kreatif para pelajar akan diuji dalam Olimpik Pelajar Score A di seluruh negara. Program tahun ini melakar pencapaian yang memberangsangkan dengan lonjakan sebanyak 1056% dalam penyertaan, dengan lebih 13,800 penyertaan diterima daripada 3,000 sekolah di seluruh negara.

Sementara itu, Anugerah Artis Muda 2023, sebuah platform untuk bakat muda mempamerkan karya seni mereka, telah memecah rekod dengan 53,052 penyertaan sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai ‘Peraduan Mewarna Artis Muda yang Terbesar’ dalam Malaysia Book of Records.

Faber-Castell mengintegrasikan seni dengan akademik sepanjang programnya bagi mempertingkat kaedah pengajaran dan memperkasa pelajar dengan kaedah pembelajaran yang cekap. Melalui program Score A dan Anugerah Artis Muda 2023, para peserta telah dibimbing, diberi inspirasi, dan dilengkapi dengan pelbagai kaedah kreatif untuk mengubah cara pembelajaran yang tradisional menjadi pengalaman yang lebih menarik dan berkesan.

Faber-Castell Malaysia

Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia, Encik Andrew Woon berkata, “Kami berbesar hati menyaksikan perkembangan dan kejayaan yang mengagumkan untuk kedua-dua program Score A dan Anugerah Artis Muda 2023. Di Faber-Castell, komitmen kami untuk memupuk kreativiti sejak kecil adalah penting. Menerusi program Score A, kami berusaha memupuk pembelajaran dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang inovatif, manakala Anugerah Artis Muda memanfaatkan kuasa ekspresi kreativiti yang transformatif untuk pembangunan holistik pelajar.”

“Sejak 1978, Faber-Castell telah menjadi satu nama terkenal dalam dunia alat tulis di Malaysia, dan kami terus berkembang untuk memainkan peranan yang lebih penting dan bermakna dalam sektor pendidikan. Berbekalkan komitmen untuk memacu kecemerlangan akademik, kami berada di barisan hadapan untuk menyokong inisiatif pembelajaran yang inovatif. Visi kami adalah untuk memperkasakan pendidik dan pelajar dengan menyumbang secara aktif kepada sektor pendidikan, mencetuskan perbincangan bermakna, memupuk pemikiran kreatif, dan meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah. Faber-Castell berdedikasi untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran, dan membantu guru dan pelajar untuk cemerlang dalam usaha akademik dan pembelajaran mereka. Sokongan padu daripada Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri di setiap negeri telah berperanan penting dalam menjayakan program tahun ini. Jadi, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan penting mereka.” katanya.

Menaik Taraf Pengalaman Pembelajaran dengan Teknik Kreatif

Program Pembelajaran Kreatif Score A, yang membuka tirai dengan Edisi Guru pada Mei 2023, telah melengkapkan guru-guru dengan 10 bengkel tentang teknik pembelajaran kreatif seperti emoji, ‘blok masa’ dan memory palace. Program itu menyaksikan penyertaan lebih 6,200 guru dari 5,120 sekolah di seluruh negara.

Faber-Castell Lakar Rekod Baharu Dalam Pembelajaran Inovatif Dengan Program Score A Dan Anugerah Artis Muda Di Malaysia

Teknik-teknik itu telah disampaikan kepada para pelajar bagi memupuk kreativiti dan mempertingkatkan pembelajaran mereka tidak kira di bilik darjah mahupun di rumah. Kemudian, mereka digalakkan untuk mengaplikasi dan mempamerkan teknik-teknik yang dipelajari di Olimpik Pembelajaran Kreatif Score A di seluruh negara.

Para pelajar telah bersaing dalam empat misi penting yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari untuk disenarai pendek berdasarkan skor penilaian dalam talian serta aplikasi teknik melalui pengambilan nota kreatif, bagi merebut gelaran Pelajar Terbaik dalam kategori sekolah rendah dan menengah.

Lee Yew Jia dari SMJK Ave Maria Convent Ipoh, yang dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik dalam Kategori C (16 hingga 17 tahun) berkata, “Bagi saya, kaedah peta minda atau mind map yang dipelajari semasa bengkel adalah penting dalam membantu saya memahami subjek-subjek yang kompleks dan mengutamakan penghafalan. Peta minda klasik, dengan tajuk utama dan cabang-cabangnya yang terperinci, adalah teknik yang saya gunakan. Saya mendapati perjalanan ini sangat bermanfaat, dan saya akan menggalakkan rakan-rakan sekolah saya untuk menggunakan teknik-teknik yang dipelajari semasa bengkel.”

Guru biologi Yew Jia di SMJK Ave Maria Convent Ipoh, Encik Ng Weng Hoong, menyambut baik program ini dan yakin akan keberkesanan teknik-teknik yang dipelajari. “Sebagai guru, kami perhatikan bahawa pelajar sering ‘highlight’ bahan-bahan pelajaran tanpa objektif yang jelas. Bengkel itu telah memperkenalkan banyak teknik kreatif ke dalam kit pengajaran kami, seperti teknik highlighting to score, emoji, peta minda dan penggunaan warna yang strategik. Teknik-teknik ini membolehkan kami membekalkan pelajar dengan pelbagai pendekatan yang menyeronokkan dan dinamik untuk mengkonseptualisasikan dan memahami mesej sesuatu topik dengan sepenuhnya di bilik darjah.”

Memaparkan Potensi Ekspresi Kreatif melalui Seni

Anugerah Artis Muda 2023 yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai ‘Peraduan Mewarna Artis Muda yang Terbesar’ menyaksikan para pelajar merentas Kategori A (5 hingga 8 tahun), Kategori B (9 hingga 12 tahun) dan Kategori C (13 hingga 17 tahun) bersaing dalam tiga pusingan mewarna. Pemenang Utama akan dipilih sebagai Duta Muda Faber-Castell Malaysia, dan tiga karya seni yang terbaik bagi setiap kategori juga akan dipamerkan di UTme! oleh UNIQLO di cawangan-cawangan UNIQLO pada tahun depan.

Baca juga: Cara Claim eMADANI RM100 di Aplikasi MAE, Setel, Touch N Go & Shopeepay

Faber-Castell telah mengembangkan kerjasama jangkauannya dengan MY Art Studio dan MY Craft Studio bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar dengan menyediakan bengkel-bengkel maya dan fizikal yang memfokuskan pada pelbagai teknik seni. Lebih 25,600 peserta terlibat dalam bengkel-bengkel itu yang diadakan di seluruh negara.

Selaras dengan tema kelestarian peraduan tahun ini, Faber-Castell juga telah menjalin kerjasama dengan perusahaan sosial yang berfokuskan alam sekitar, Mereka dan Biji-Biji Initiative, untuk menganjurkan lawatan-lawatan berasaskan pengetahuan dan pelbagai aktiviti berunsurkan praktikal. Semua aktiviti ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang isu alam sekitar dan menggalakkan penglibatan proaktif.

Anugerah Artis Muda menawarkan pendekatan serampang dua mata untuk mempertingkatkan teknik pengajaran guru dengan The Art Experience Edisi Guru dan proses pembelajaran pelajar melalui pertandingan. The Art Experience Edisi Guru memperkenalkan guru kepada pelbagai bahan dan medium seni untuk membudayakan kreativiti dalam bilik darjah. Pada tahun 2022, jangkauan program ini telah diperluas sehingga ke sekolah menengah dan dua lagi negeri, Pahang dan Sarawak. Program ini berjaya mencapai lebih 2,300 guru dan 1,900 sekolah di seluruh negara. Hasilnya, Buku Panduan Guru Edisi Ketiga telah diperkenalkan, yang merangkumi teknik-teknik seni baharu seperti pensel cat air, warna poster dan cat akrilik. Kurikulum buku panduan ini direka bentuk sebagai pelengkap kepada Pelajaran Seni sekolah rendah tahun 1 hingga 6 (Pendidikan Seni Visual).

Tatkala diumumkan sebagai Pemenang Utama dalam Kategori B (9 hingga 12 tahun), Lee Rou Lin dari SJK (C) Keat Hwa (K) Alor Setar berkongsi, “Seni telah menjadi minat saya sejak umur empat tahun, dan saya menghargai peluang yang diberikan oleh pertandingan ini untuk mengekspresikan diri saya secara kreatif. Saya amat menikmati keseluruhan proses bereksperimen dengan pelbagai bahan dan teknik. Lebih-lebih lagi, pertandingan ini telah mengeratkan hubungan saya dengan kelestarian, dan membolehkan saya memasukkan unsur-unsur alam sekitar yang penting ke dalam karya seni saya.”

Guru seni di SJK (C) Ping Ming Johor, Cik Oliver Wong, sangat teruja apabila pelajarnya menghantar lebih ratusan penyertaan, menjadikannya jumlah tertinggi di Malaysia. “Sekolah kami percaya bahawa pembelajaran melangkaui ruang bilik darjah. Menerusi Anugerah Artis Muda, kami menyaksikan para pelajar menonjolkan potensi kreatif mereka menerusi pelbagai bahan dan teknik seni. Tafsiran imaginatif mereka terhadap tema kelestarian tahun ini telah menghasilkan karya-karya yang luar biasa, di samping menyediakan ruang pembelajaran yang menyeronokkan dan menakjubkan.”

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Seni Visual, Kementerian Pendidikan, Puan Siti Rosni Binti Nik Mohd Zaid berkata, “Sebagai hakim pertandingan ini, saya amat kagum dengan kreativiti yang tak terbatas boleh dipupuk dalam diri guru dan pelajar. Para finalis, khususnya, mempamerkan prestasi yang cukup luar biasa, dengan kemahiran menggunakan teknik-teknik inovatif yang disampaikan di bengkel. Saya menyanjungi Faber-Castell kerana mewujudkan satu platform yang memperkasakan kreativiti serta pembelajaran. Bengkel mereka bukan sahaja memberi inspirasi, tetapi juga menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang kelestarian, sekali gus melambangkan satu langkah positif ke arah masa depan yang lebih cerah dan imaginatif.”

Untuk senarai penuh pemenang, layari Faber-Castell – Home | Facebook

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!