Gejala Tonsil: Punca & Kesan Kepada Kesihatan

Health
tonsil

Gejala Tonsil: Punca & Kesan Kepada Kesihatan | Tonsil adalah tisu pertahanan di belakang kerongkong. Gejala termasuk sakit tekak, sukar menelan, bengkak, dan demam. Kesannya boleh mengganggu aktiviti harian seperti makan serta minum. Tonsilitis berulang boleh merosakkan daya tahan tubuh dan menyebabkan komplikasi seperti abses tonsil. Masalah pernafasan juga mungkin timbul. Rawatan termasuk tonsilektomi. Konsultasi doktor penting untuk rawatan yang tepat demi kesihatan yang baik.

Bagi kami anak beranak, memang ada masalah tonsilitis ni. Bermula dari Tok Ayah, kemudian Ummi dan anak-anak Ilham dan Syamil je lah yang ada tonsil. Abang llham dah buat operation buang tonsil sejak usia 3 tahun. Manakala Abang Syamil masih bertahan lagi sehingga kini.

Apa Itu Tonsil?

Tonsil, sepasang organ kecil yang terletak di belakang kerongkong, memainkan peranan penting dalam sistem limfatik badan manusia.

Menariknya, organ kecil ini mempunyai banyak fungsi penting. Ia boleh melawan dan melindungi bahagian dalam badan daripada musuh di luar.

Tonsil menghalang benda asing dan mikrob, terutamanya virus atau bakteria, daripada masuk ke organ penting seperti paru-paru, yang boleh menyebabkan masalah kepada sistem pernafasan.

Ia juga membantu dalam pembentukan sel darah putih dan antibodi tubuh badan, yang mengukuhkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan.

Kenali 4 Jenis Tonsil

Tonsil terletak di bahagian kerongkong (oropharynx), tersusun dalam bentuk bulatan dikenali sebagai “Waldeyer’s Ring”

Tonsil Pharyngeal

Dikenali sebagai “adenoid” terletak berhampiran pembukaan rongga hidung ke dalam bahagian tekak. Apabila tonsil ini membesar, ia boleh mengganggu pernafasan.

Tonsil Tubal

Terletak berdekatan dengan pembukaan saluran yang bersambungan dengan bahagian tengah telinga ke dalam nasopharynx.

Tonsil Palatine

Muncul berpasangan berbentuk bujur dan terletak di dinding sisi kerongkong berhampiran pembukaan rongga mulut anda ke dalam tekak.

Tonsil Lingual

Terletak pada permukaan belakang lidah dan juga berhampiran pembukaan rongga mulut ke dalam tekak.

Fungsi Tonsil?

Tonsil akan bertindak seperti seorang penjaga gol yang menepis dan menghindar sebarang anasir buruk daripada masuk ke dalam gawang.

Gejala Tonsil: Punca & Kesan Kepada Kesihatan

Apa Punca & Gejala Tonsil Bengkak?

Keadaan di mana tonsil membengkak dan meradang akibat jangkitan virus atau bakteria dikenali sebagai pembengkakan tonsil, atau tonsilitis.

Kondisi ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia, tetapi ia lebih kerap berlaku pada kanak-kanak dan remaja—mereka yang berumur antara lima dan lima belas tahun.

Gejala tonsil tekak yang bengkak pula biasa muncul 2 ke 4 hari selepas jangkitan seperti di bawah:

  • Demam
  • Batuk
  • Sakit tekak
  • Sakit telinga
  • Sakit kepala
  • Suara serak
  • Air liur meleleh
  • Tidak selesa menelan
  • Pembengkakan kelenjar limfa

Kredit info: https://hellodoktor.com

Peringkat Tonsilitis

Tonsilitis mempunyai tiga peringkat utama: akut, kronik dan berulang. Tahap akut mengambil masa kurang daripada sepuluh hari, tahap kronik mengambil masa lebih daripada sepuluh hari, dan tahap berulang mengambil masa berulang.

Kesan Tonsil Bengkak

Antara kesan apabila tonsil membengkak adalah seperti berikut:

  • Kepayahan untuk membuka atau menutup mulut
  • Kesukaran untuk menghirup atau menghembus nafas
  • Pernafasan terganggu ketika sedang tidur (sleep apnea)
  • Penyebaran jangkitan ke jaringan sekitar tonsil (selulitis tonsil)
  • Pembentukan kantung nanah pada sekitar tonsil (abses peritonsil)
  • Glomerulonefritis yang boleh membawa keradangan organ ginjal
  • Demam reumatik yang boleh membawa kegagalan jantung dan kehilangan nyawa

Cara Merawat Tonsil Bengkak

Merawat penyakit ini mungkin termasuk mengambil antibiotik, acetaminopen, paracetamol, ibuprofen atau aspirin mengikut preskripsi doktor bergantung kepada tahapnya.

Apabila kebengkakan tonsil semakin teruk dan berulang, pembedahan tonsilektomi mungkin wajar dilakukan jika perlu.

5 Cara Merawat Tonsil Secara Tradisional

Rawatan tonsil secara tradisional tidak mempunyai bukti sains yang kukuh mengenai keberkesanannya dan mungkin tidak selamat atau efektif. Tetapi, beberapa kaedah yang telah digunakan secara tradisional untuk meredakan gejala tonsil adalah seperti berikut:

Kumuh Air Garam

Berkumur dengan air garam hangat boleh membantu melegakan sakit tekak dan mengurangkan kerengsaan tonsil.

Madu dan Lemon

Campuran madu dan jus lemon dalam air suam boleh membantu melembutkan tenggorokan serta memberikan kelegaan sementara.

Herba seperti Chamomile dan Sage

Beberapa herba seperti chamomile dan sage dianggap mempunyai sifat anti-radang dan boleh dijadikan sebagai teh untuk membantu meredakan gejala tonsil.

Minyak Kelapa

Gargle dengan minyak kelapa telah digunakan dalam beberapa budaya tradisional sebagai cara untuk mengurangkan kerengsaan tonsil.

Air Halia

Air jahe hangat dikatakan mempunyai sifat anti-radang dan boleh membantu meredakan gejala tonsil.

Namun, perlu diingat bahawa rawatan tradisional ini tidak menggantikan nasihat dan rawatan dari profesional perubatan. Jika anda mengalami masalah tonsil yang serius, adalah lebih bijak untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat.

Pengalaman Anak Buang Tonsil

tonsil

Korang boleh baca sendiri pengalaman Abang Ilham buat operation membuang tonsil di Hospital Columbia Asia, Iskandar Puteri – Pengalaman Anak Buang Tonsil

tonsil

Setakat ni Abang Syamil dah jarang juga la demam akibat tonsil, cuma oleh kerana dia ada masalah tonsil adenoid, suara dia agak tenggelam bila bercakap dan juga ada masalah tidur berdengkur. Doakan anak-anak Ummi sihat dari masalah tonsil ni ya.

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Gejala Tonsil: Punca & Kesan Kepada Kesihatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!