Buka Puasa Dengan Set Ramadan Santai Warisan di AmanSari Hotel Nusajaya | Hai korang! Ummi nak share set berbuka puasa harga murah di Johor Bahru. Ini adalah tahun kedua bagi AmanSari Hotel Nusajaya dengan mengekalkan konsep “dulang style”.
Tiga (3) jenis set dulang sepanjang Ramadan bakal disajikan sepanjang bulan Ramadan nanti. Nampak macam simple kan, tapi serius memang berbaloi sangatlah harga dan rasanya.
Korang boleh tengok tiga set dulang yang ada seperti di bawah ni.
Set Dulang Ala Kampung
– Nasi Putih, Ikan Keli Goreng Berlada, Daging Bakar Air Asam, Sayur Labu Masak Lemak, Ikan Masin Bulu Ayam & Ulam-ulaman.
– 3 jenis sambal – Sambal Getul, Sambal Mangga & Sambal Belacan.
Set Dulang Ala Western
– Grill Lamb Shoulder, Grill Chicken Tight, aspicy Spaghetti Aglio Olio, Grill Mix Vegetables, Coleslaw & Crinkle Cuts Potato.
– 3 jenis sos – Blackpepper Sauce, Mushroom Sauce, Cheese Sauce.
Set Ramadan Santai Warisan di AmanSari Hotel Nusajaya
Set Ambeng
– Nasi Putih, Rendang Daging, Ayam Masak Kicap, Mee Goreng, Sayur Goreng Jawa, Ikan Masin Bulu Ayam, Serunding Kelapa & 2 biji telur masin.
Antara tiga ni Ummi terpaling suka Set Dulang Ala Kampung. Serious sedap! Daging Air Asam tu sedap betul. Kena dengan tekak Ummi, lagi-lagi bila ternampak ada ikan keli berlado. Semangat terus nak makan. Ummi ni kan peminat ikan keli hehehe. Set Ambeng pun rendang daging tu sedap uols! Set Dulang Ala Western pun boleh tahan sedap.
Harga pun berpatutan. Setiap hidangan tu disertakan dengan kurma dan buah-buahan. Air pun free flow. PERCUMA ada air MILO yang sedap! Minum MILO style gini memang mengimbau zaman kanak-kanak la kan. Even tak ada lori MILO yang standby tepi hotel, tapi rasa dia tetap padu macam dari loti MILO hehehe.
Tak percaya tengok budak kecil tu haaaa sungguh menikmati air MILO dengan jayanya hehe.
Buka Puasa Dengan Set Ramadan Santai Warisan di AmanSari Hotel Nusajaya
Tempat: The Pine, AmanSari Hotel Nusajaya
Tarikh: 25 Mac – 19 April 2023
Masa: 6.30pm – 10pm
Surau disediakan di 1st Floor
Harga
RM22 seorang – minimum 2 atau 4 orang sedulang
Untuk tempahan, sila hubungi
+6012 – 699 3526 atau hubungi +607-869 1168
Senarai Buffet Ramadan 2023 di Johor Bahru