DoubleTree by Hilton Johor Bahru Presents Citarasa Serantau Buffet Dinner This Ramadan

Buffet Ramadan 2023 – Citarasa Serantau di Makan Kitchen DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 – Citarasa Serantau di Makan Kitchen DoubleTree by Hilton Johor Bahru | Kalau makan kat DoubleTree ni kan jarang la rasanya tak sedap hehe. Memang sedap belaka la kan. Menu kat sini antara yang premium gitu.

Highlighted menu sepanjang Ramadan antaranya Slow Cooked Hyderabad Style Claypot Lamb Shank Biryani, Harissa Kambing Golek, Daging Rendang Tok, BBQ Style Beef Brisket, Siput Sedut Masak Lemak Cabai Burung, Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Bubur Lambok Daging Tetel, Udang Galah JB, JB Signature Peking Duck, Shawarma And Skewers dan banyak lagi.

Ini dia Slow Cooked Hyderabad Style Claypot Lamb Shank Biryani. Masa mula-mula dapat ni Ummi duk ingat cheese apa la yang meleleh tu hehehe. Rupanya dalam tu ada nasi briyani ok. Sedap! Daging lamb shank tu lembut gila. Sebelahnya tu BBQ Style Beef Brisket, huwaaa sedap kena dengan gravvynya.

Buffet Ramadan 2023 – Citarasa Serantau di Makan Kitchen DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Siput sedut dan Ikan Patin Tempoyak tu pun dua kali Ummi repeat hehehe. Adehhhh siput sedutnya besar-besar kena pulak kuah lemak tu pedas sedap.

Peking Duck ni pun Ummi repeat berkali-kali hahaha sedap benor. Rasa smoked duck tu yummehhhh. Kulitnya pun garing gitu.

Shawarma and skewer.. Nak ulang cakap sedap lagi. Serious tak tipu hehehe.

Ini adalah daya penarik yang banyak hotel ada termasuklah DoubleTree by Hilton JB ni. Serawa durian tu pekat sedap betul makan dengan pulut. Durian Goreng pun elok je kejadiannya.

Aneka dessert, ada kunafa, baklava, buah-buahan, kek, fruit tartlets dan lain-lain lagi.

Sempat juga kami join contest bergambar di photobooth yang terdapat di Makan Kitchen ni. Alhamdulillah rezeki terpilih sebagai pemenang. Thanks Babah bagi kerjasama. Caption adalah hiburan semata-mata.

Korang boleh tengok banyak lagi gambar di page Ummi ya. Jemput like dan share.

Citarasa Serantau Buffet Dinner at Makan Kitchen

22 March – 21 April 2023 | 6.30pm – 10.00pm
RM198 nett (Dewasa) | RM99 (Kanak-kanak)

Bazaar Selera Warisan at The Food Store

22 March – 21 April 2023 | 6.30pm – 10.00pm
RM138 nett (Dewasa) | RM69 nett (Kanak-kanak)

Untuk tempahan, sila hubungi:

+607 268 6868

Senarai Buffet Ramadan 2023 di Johor Bahru

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *