Buffet Ramadan 2023 – Rempah Ratus Ramadan di Impiana Hotel Senai | Kali ni kita ke Sajian Rempah Ratus Ramadan di Impiana Hotel Senai pulak. Buffet Ramadan di Impiana Hotel Senai ni antara harga buffet Ramadan bawah RM100. Meriah juga makanan kat sini. Dihidangkan mengikut giliran (by rotation).
Antara menu yang korang mesti cuba, Sup Power (sup gearbox, kambing, ayam, babat), Kambing Golek dengan Nasi Briyani Hyderabad, Ayam Pasu, Nasi Briyani Gam, Ikan Bakar Portugis, Telur Bungkus Ala Thai, Nasi Ayam, Aneka Goreng-gorengan, Aneka Kerabu dan banyak lagi.
Main course.. antaranya, Mixed Vege, Ayam Kalio, Nasi Briyani Gam, Kupang Goreng Kunyit, Udang Masak Lemak Nenas, Daging Masak Hitam dan Sotong Masak Paprik.
Gambar tengah tu versi dah siap masuk mangkuk tinggal Ummi nak ngap je hehehe. Bubuh condiments dan sambal kicap mantap pedas berdesing telinga hehehe.
Rempah Ratus Ramadan di Impiana Hotel Senai
BBQ Station, ada Kambing Golek, Ayam BBQ, Ikan Bakar, Sausage, Kupang, Sotong.
Aneka Kerabu, Salada dan Rojak Buah.
Ummi Ilham’s Favourite
Makanan pertama Ummi terjah Bubur Lambuk Ayam hehe. Ok sedap cukup rasa. Sup pun sedap not bad. Selain tu Ummi suka juga Ikan Bakar Portugis dan Ayam BBQ. Kambing pun sedap. Sempat juga Ummi bedal lemang dan serunding.
Partner of the day. Siapa lagi kalau bukan Babah Ilhams. Semenjak discharge dari hospital, baru kali ni dapat join Ummi. Thanks Babah!
Geng JDT Blogger, Huda, Suzie dan Sunah.
Sempat juga bergambar dengan “Bapa Mithali” Faiz Ibrahim.
Banyak gambar-gambar lain boleh tengok di page Ummi ya.
Buffet Ramadan 2023 – Rempah Ratus Ramadan di Impiana Hotel Senai
Tempat: The Tiffin, Impiana Hotel Senai
Tarikh: 25 Mac – 20 April 2023
Masa: 6.30pm – 10pm
Surau disediakan di Level 1
Harga:
RM98 (Dewasa)
RM45 (Kanak-kanak 6 -12 tahun)
Lucky Draw!!!
Menangi hadiah menarik & penginapan di Impiana Hotel di Phuket, Bali, Kuala Lumpur, Ipoh & Johor Bahru.
Untuk tempahan, sila hubungi:
07-595 8898
06-713 4590
Email: fnb1.ihs@impiana.com
Senarai Buffet Ramadan 2023 di Johor Bahru