Celebrate Birthday Babah di Thai.co Seafood Boat Grand AlMizan

Foods Review
Celebrate Birthday Babah di Thai.co Seafood Boat Grand AlMizan

Celebrate Birthday Babah di Thai.co Seafood Boat Grand AlMizan | Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyambut ulangtahun kelahiran Babah untuk tahun 2023. Bila Ummi share kat IG story “birthday Babah ke 34 tahun” ramai pulak terkejut hahaha. 34 tu dibaca terbalik ok. Sebenarnya usia Babah dah mencecah 43 tahun dah hehehe.

Sebenarnya dah lama kami nak mencuba seafood boat di Grand Almizan ni, tapi belum ada kesempatan. Jadi sempena birthday Babah ni, Ummi bagi diorang dinner treat dengan menjamu selera seafood boat. Weeehuuuu~

Celebrate Birthday Babah di Thai.co Seafood Boat Grand AlMizan

Menu pilihan kami, Seafood Boat RM128. Ada satu lagi set RM178 ada slipper lobster. Set yang Ummi pilih ni ada ikan siakap, sotong, udang, kupang, lala, tauhu jepun dan mixed veggie (brokoli, shitake mushroom, carrot, kobis dan kobis bunga). Ada tiga pilihan kuah, kuah tomyam merah, tomyam putih atau stim limau. Pilihan kami anak beranak ialah kuah tomyam merah.

Kuah tomyam merah tu dicurahkan dalam seafood. Fuhhhhh memang semerbak bau dia buat lapar. Kuah tomyam tu pekat dan sedap tau. Syahdu dapat hirup kuah panas-panas. Memang berbaloilah kami dinner kat sini. Babah dan The Ilhams pun kata sedap.

Celebrate Birthday Babah di Thai.co Seafood Boat Grand AlMizan

Celebrate Birthday Babah di Thai.co Seafood Boat Grand AlMizan

Ohh ya, kami add on nasi putih dan juga Baked Oyster. Baked oyster ni sedap gila weh. Cheesenya tu sedap betul ditekak Ummi. Satu set ada 5 ekor oyster berharga RM20 sahaja.

Celebrate Birthday Babah di Thai.co Seafood Boat Grand AlMizan

Air free flow, masa kami makan tu ada air sarsi. Nak air cari mesin Coway pun ada ok. Banyak juga air lain yang korang boleh order. Same goes to other menus. Kami ambil set seafood boat ni pun dah rasa kenyang gila. Alhamdulillah.

Kalau korang tak sempat nak beli kek, korang boleh je dapatkan kek dari diorang. Ummi pilih 2 slices of Kit Kat Cheese Cake. Tak beli sebuku sebabnya yang makan beriya kek pun Ummi Babah je biasanya. Tapi kali ni Syamil pun join sekali hahaha. Sumpah sedap weh kek ni.

Sebelum balik sempatlah Babah potong kek tanda hari jadi beliau sambil staff Grand Almizan mainkan birthday song. Thanks uolls!

Lepas makan korang boleh la posing sekitar restoran ni. Banyak ruang boleh OOTD tau.

Suasana dalam restoran sangat luas, santai dan relax. Ruang berhawa dingin jangan bimbang kepanasan hehehe.

Alhamdulillah. Ulangtahun ke 34 (dibaca terbalik) Babah! hahahaha. Semoga sentiasa di bawah rahmat Allah, dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang halal dan usia yang berkat. We love you! Serba merah kami anak beranak macam nak sambut Chinese New Year hahaha.

Ok untuk pengetahuan korang, sepanjang Januari hingga Macv2023, Grand Almizan juga ada menyajikan Buffet Lunch Negeri Sembilan bermula jam 12pm hingga 3pm. Sempatlah kalau korang nak plan lunch bersama geng-geng office sebelum bulan Ramadan. Ok korang jangan lupa cuba seafood boat kat sini ok! Recommended!

Grand Al Mizan Lunch Buffet

Dewasa – RM38/pax
Kanak-kanak – RM24 (6 – 12 tahun)

Grand Almizan, Avenue M

Alamat: Avenue M (M suites Hotel)
No 16A, Jalan Skudai, Straits View,
80200 Johor Bahru, Johor.

Waktu Perniagaan: 5pm to 11pm (Dibuka setiap hari)

Instagram: @thai.co_seafood_boat

Wasap.my/60194900471/seafoodboat

Jom join: Giveaway HerneeNazir X Hard Rock Cafe (Instagram Only)

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!