Nasi Ayam & Ayam Golek Sedap Bandar Baru UDA

Foods Review

Nasi Ayam & Ayam Golek Sedap Bandar Baru UDA | Orang BBU korang dah cuba ke ayam golek kat sini?

Pertama kali Ummi mencuba ayam golek dari gerai Nasi Ayam & Ayam Golek Bandar Baru UDA ni minggu lepas.

Boleh tahan sedap perapan ayam dan sosnya. Tak sedar makan bertambah-tambah.. ooppssss! Ayam golek kira kategori makanan sihatkan? kan? Ayat nak sedapkan hati sendiri sebab overdose makan ayam golek sedap ekeke. Semoga misi flab to fab Ummi tak kelaut dalam.

Geram weh Ummi tengok ayam bergolek-golek ni. Dah la aromanya semerbak menusuk ke lubang hidung. Makan time panas-panas memang syok wooo.

Korang boleh refer set di bawah ni ya:

Kalau korang nak order untuk apa-apa majlis pun boleh tau. Sekarang diorang ada jual ayam golek frozen, lagi senang. Nak buat BBQ tapi malas nak perap ayam sendiri, boleh je order ayam golek frozen. Contact nombor kat bawah tu, diorang boleh buat penghantaran hingga ke muka pintu rumah korang hehe. Bulan puasa dah nak dekat ni, nanti korang bolehlah cari gerai ni di Bazar Ramadan BBU.

Jangan lupa, cuba tau!

Nasi Ayam & Ayam Golek Bandar Baru UDA

(Tepi jalan sebaris dengan Kilang Win Win Bandar Baru UDA)

Facebook: Nasi Ayam Golek & Ayam Golek BBU

Untuk tempahan, sila hubungi:

Untuk tempahan & penghantaran, sila hubungi:

www.wasap.my/60127865432/ayamgolek (Haizal)
atau
www.wasap.my/60127251017/ayamgolek (Ahmad)

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Nasi Ayam & Ayam Golek Sedap Bandar Baru UDA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!