Ending Terbaik Episod Akhir Drama Rindu Kasih

TV Program

Ending Terbaik Episod Akhir Drama Rindu Kasih | Ending terbaik dan tak clichè. Ending yang best dan puas hati. Tahniah Pengarah Pali Yahya & team.

“Hati Ina telah abang retakkan, sampai tiada satu pun bercantum balik” ~ Salina

“Kasih seorang ibu pada anaknya begitu hebat sehingga tiada cinta lain yang dapat menandinginya. ~ Salina

Babai Amir! Padan muka Lijah! Pada muka Pak Hassan! Selamat berbahagia Murni dan Hisyam. They deserve it!

Terbaik Salina. Keputusan yang tepat. Jangan main-main dengan hati perempuan ok. Kalau dah retak seribu memang no turning back! Puas hati betul bila Ina melangkah tu, nampak dia betul-betul tekad. Memang itu yang terbaik. She suffered the most! Boleh jadi mental disorder wehhh kalau duduk kat tempat Ina tu.

Rasa berbaloi la setiap titis air mata Ummi yang tumpah tiap episod bila tengok lakonan mantap diorang ni.

Kata Abang Ilham, “Happy ending walaupun sedih”.

Kata Abang Syamil, “Puas hati Syamil masa dia kena cerai tu”. Amboi kemain macam faham sangat.

Hahaha. Boleh tahan bujang-bujang Ummi ni menurun Ummi dia tengok drama penuh emosi. Yes, both of them peneman Ummi tengok Rindu Kasih setiap hari. Diorang la tukang pujuk Ummi bila Ummi dah melalak macam Ummi pula yang jadi Ina hahaha. Abang Ilham pernah tanya Ummi “Memang ada ke emak yang jahat macam Mak Amir ni Ummi?”. Ummi cakap je, memang ada bang. Harap Ummi tak jadi macam tu kat anak-anak Ummi. Adoiii sedih betullah. Sorry anak-anak Ummi ko memang over kalau tengok drama. Maklumlah menghayati watak gitewww.

Tahniah Ummi Nazeera, Izzue Islam & team Rindu Kasih. Semua pelakon power dan sangat berbakat yang lain Fazlina Ahmad Daud, Arash Mohd, Amyza Aznan, Ezzaty Abdullah, Nafiz Muaz dan lain-lain. Lagu-lagu OST Drama Rindu Kasih pun best untuk didengar.

Moral of the story, sebagai anak taat kepada ibu bapa tu wajib tapi perlu berpada-pada. Bukan taat melulu membabi buta. Nilaikan mana yang betul mana yang salah. Geram betul dengan si Amir tu, kan dah berisiteri, hati isteri juga kena ambil peduli. Jangan main-main dengan kesabaran orang lain. Jangan suka berdendam, kelak memakan diri. Tengok Lijah tu, bila dendam menguasai diri dia sanggup dia pertaruhkan kebahagiaan anak sendiri. Drama ni memang banyak sangat pengajaran. Worth to watch!

Macam ada season 2 je kan sebab hujung-hujung tu Lijah masih ada rasa dendam pada Salina.Apa lagi la dia tu nak buat ek. Ehhhh gerammmm!!

Ending Terbaik Episod Terakhir Drama Rindu Kasih

Well, Ummi harap one day Ummi Nazeera dapat award pelakon wanita terbaik. Tahun ni je dia dah buat penonton memangis dengan dua buah drama lakonan beliau iaitu drama Risik Pada Hati dan Rindu Kasih. Lakonan dia terpaling padu dan mantap kan. Bagi je watak apa dia tapau habis.

Thanks Ummi Nazeera repost IG story Ummi Ilhams hehehe.

Ummi ko ni jarang nak bebel pasal drama sangat. Kali ni terajin sebab drama ni buat mata Ummi bengkak tetiap malam. Rasa perit je mata bila kat office. Sejenis rasa sedih yang sebak gila sampai susah nak bernafas hahaha over kan.

Oklah, korang yang belum layan drama Rindu Kasih ni boleh la layan sampai bengkak mata. Boleh tengok kat Disney + Hotstar, Tiktok atau Telegram. Confirm malam ni tidur Ina dan Amir termasuk dalam mimpi Ummi hahaha. Till then, babai!

LIKE & FOLLOW >> HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!