Pusat Beli Belah Toppen Menyambut Ulang Tahun Ke-3 dengan Menjemput Komuniti Johor untuk Menyertai Kempen “Ringgit Kasi Tariiik” Sepanjang November

Leisure
Pusat Beli Belah Toppen Menyambut Ulang Tahun Ke-3 dengan Menjemput Komuniti Johor untuk Menyertai Kempen “Ringgit Kasi Tariiik” Sepanjang November

Pusat Beli Belah Toppen Menyambut Ulang Tahun Ke-3 dengan Menjemput Komuniti Johor untuk Menyertai Kempen “Ringgit Kasi Tariiik” Sepanjang November | Pusat Beli BelahToppen meraikan sambutan ulang tahun ke-3 dengan pelancaran kempen “Ringgit Kasi Tariiik”, menjemput pembeli-belah untuk tarik ringgit mereka melalui tawaran hebat, promosi, dan hadiah, serta menyertai pelbagai acara menarik. Kempen ini bertujuan untuk mengingatkan  rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya akibat dari inflasi  bahawa Pusat Beli Belah Toppen mempunyai pelbagai tawaran yang mampu memenuhi saiz dompet yang berbeza-beza.

Menangi Trip ke Qatar 2022

Pusat Beli Belah Toppen Menyambut Ulang Tahun Ke-3 dengan Menjemput Komuniti Johor untuk Menyertai Kempen “Ringgit Kasi Tariiik” Sepanjang November

Bersempena dengan Piala Dunia FIFA Qatar 2022, Toppen menawarkan hadiah dua tiket ke Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022, penerbangan pergi balik, penginapan 5H4M di Qatar dan jersi yang ditandatangani secara eksklusif oleh Lionel Messi, Sadio Mane atau Son Heung-Min. Mulai hari ini hingga 10 November, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM30 di mana-mana kedai di Toppen dan layak menyertai cabutan bertuah itu. 

Pemenang akan diumumkan secara langsung semasa acara hujung minggu ulang tahun ke-3 Pusat Membeli-belah Toppen yang dijadualkan berlangsung dari 11 November hingga 13 November.

Acara hujung minggu ulang tahun ke-3 Toppen pada 11 – 13 November 2022

Toppen akan menganjurkan pelbagai aktiviti dan persembahan di Atrium Utama dan atas bumbung terbuka The Topp sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahunnya. Pengunjung akan dihiburkan dengan pertunjukan perkusi, persembahan band, flash mob dan lain-lain. Bagi pengunjung yang membawa keluarga, mereka juga boleh mengambil bahagian dalam bengkel seni dan kraf percuma untuk kanak-kanak.

Kemuncak sambutan itu akan dimeriahkan dengan persembahan muzik oleh artis dan penyanyi rap tempatan seperti DC Willie, Haziq Haze, Rudeen, Citibois Worldwide, B-Heart, PFTDMusic, Chronicalz dan Forceparkbois. Vasilisa Kuznetsova, Pengurus Besar Pusat Beli Belah Toppen berkata, “Hasrat kami adalah untuk menjadikan Toppen sebagai lokasi pilihan utama komuniti Johor untuk membeli-belah, bersantai bersama

keluarga serta menjalankan pelbagai aktiviti melibatkan komuniti setempat. Setakat ini, Toppen telah menjadi tuan rumah kepada 450 acara yang dianjurkan oleh komuniti setempat. Oleh itu, sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka, kami berbesar hati meraikan sambutan ulang tahun ke-3 ini dengan menawarkan pelbagai tawaran hebat, ganjaran dan acara yang boleh mereka sertai. Melangkah ke hadapan, kami komited untuk memastikan Toppen terus berkembang dan antara usaha yang dilakukan termasuk memperkenalkan tawaran baharu untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup pelanggan kami.” 

Pusat Beli Belah Toppen Menyambut Ulang Tahun Ke-3 dengan Menjemput Komuniti Johor untuk Menyertai Kempen “Ringgit Kasi Tariiik” Sepanjang November

Aktiviti menarik lain di Pusat Membeli-belah Toppen

Pembukaan Lulu Grocer, konsep pasar raya halal yang dilancarkan pada penghujung Oktober akan menjadi tumpuan utama sambutan kali ini. Sebagai promosi pembukaannya, Lulu Grocer mengadakan Festival Maknan Laut dari 4 November hingga 13 November dengan tawaran bernilai hebat. Selain itu, Lulu Grocer akan memberikan diskaun tambahan sempena jualan 11.11. 

Toppen juga akan menganjurkan Makan Anniversary Festival mulai 24 November, dengan penyertaan lebih 70 gerai makanan untuk penggemar makanan. Menjadi pelengkap kepada pesta ini ialah acara Larian Splash 5-kilometer Toppen pada 26 November yang memberi peluang kepada orang ramai untuk berlari menyusuri jalan-jalan di Tebrau dan menyertai aktiviti berasaskan air yang menyeronokkan.

Mulai hari ini hingga13 November , pelanggan yang mengunjungi pusat membeli-belah itu akan turut diberikan tempat letak kereta percuma untuk tempoh tiga jam pertama setiap hari. Di samping itu, pelanggan juga boleh menuntut e-Baucar RM20 untuk setiap 13 botol plastik yang dikitar semula di Pusat Kitar Semula & Beli Balik (RBBC) pusat itu. 

Pada masa ini, Toppen menempatkan lebih 300 penyewa dengan kadar sewaan 92%. Tumpuan pusat membeli-belah itu adalah untuk menarik lebih banyak jenama tempatan dan antarabangsa ke Selatan Malaysia termasuk mengalu-alukan pembukaan gedung barangan sukan terbesar di dunia, Decathlon, pada Januari 2023. Baru-baru ini, Toppen juga telah mengembangkan tawaran Soulmates dengan menyediakan ruang kerja bersama dengan tempat kerja dan Wi-Fi percuma kepada pelanggan yang membuat tempahan awal. Soulmates ialah penyelesaian sehenti untuk perniagaan kecil dan sederhana yang ingin merasai pengalaman berada di persekitaran pusat membeli-belah dengan pilihan sewaan yang fleksibel dan berpatutan serta sesuai untuk penyedia perkhidmatan berasaskan kecantikan, kesihatan, kecergasan dan kemahiran.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hiburan, aktiviti, promosi, hadiah untuk bulan tersebut, sila layari https://toppen.my/. Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan Soulmates, sila layari https://www.soulmates.my/

Baca juga: Lulu Group Buka Cawangan Baharu LuLu Grocer di Toppen Shopping Centre Johor Bahru

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!