Home » Lulu Group Buka Cawangan Baharu LuLu Grocer di Toppen Shopping Centre Johor Bahru

Lulu Group Buka Cawangan Baharu LuLu Grocer di Toppen Shopping Centre Johor Bahru

Lulu Group Buka Cawangan Baharu LuLu Grocer di Toppen Shopping Centre Johor Bahru | LuLu Group maju setapak lagi mengukuhkan kedudukannya di Malaysia, dengan pembukaan cawangan keenam di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru.

Lulu Group Buka Cawangan Baharu LuLu Grocer di Toppen Shopping Centre Johor Bahru

Pembukaan cawangan tersebut dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Majlis Perbandaran Johor Bahru. Turut sama hadir adalah Pengarah LuLu Group Malaysia & Indonesia, Nishad PA, dan Pengarah LuLu Malaysia, Asif MA, serta beberapa orang kenamaan dan pihak pengurusan tertinggi syarikat.

Cawangan baharu ini terletak di lokasi strategik di dalam pusat membeli belah Toppen Shopping Centre, Johor Bahru yang mudah diakses melalui lebuhraya dan jalan utama, serta kemudahan pengangkutan awam.

Lulu Group Buka Cawangan Baharu LuLu Grocer di Toppen Shopping Centre Johor Bahru

Berkeluasan 27,500 kaki persegi, cawangan ini dijangka bakal menerima kunjungan sejumlah 800,000 pelanggan khususnya dari Johor Bahru dan kawasan sekitarnya, selain warga Singapura yang diketahui umum gemar berkunjung ke Johor Bahru untuk membeli-belah.

Sejajar dengan matlamat jenama LuLu Group untuk memberikan pilihan meluas barangan berkualiti tinggi dengan harga rendah, Lulu Grocer Toppen Shopping Centre bakal menawarkan pelbagai produk jenama tempatan yang berpemintaan tinggi selain daripada produk luar negara yang diimport secara terus dari syarikat pengeluar global LuLu Group. Cawangan ini juga bercirikan konsep peruncitan moden dan berteknologi tinggi bagi memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman beli-belah yang lancar.

Bagi meraikan pembukaannya, LuLu Grocer Toppen Shopping Centre mengadakan tawaran pembukaan dan aktiviti menarik bermula 29 Oktober 2022 dengan potongan dan diskaun hebat bagi pelbagai barangan runcit dan segar, serta pemberian hadiah percuma kepada pelanggan terawal.

Kempen Beli Barangan Malaysia 2022

LuLu Group juga akan meneruskan penglibatannya dalam Kempen Beli Barangan Malaysia anjuran KPDNHEP. Inisiatif ini disokong melalui semua cawangan LuLu termasuklah cawangan baru LuLu Grocer Toppen Shopping Centre. Kempen ini bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap kualiti produk keluaran tempatan sekaligus membantu perusahaan kecil dan sederhana PKS untuk terus berkembang maju, terutamanya bagi PKS yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Kempen Beli Barangan Malaysia 2022 ini terdahulunya telah dilancarkan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna bersama-sama wakil daripada LuLu Group. 

Sokongan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana PKS

Lulu Hypermarket Malaysia sentiasa menyokong perusahaan kecil dan sederhana PKS serta komited dalam memberi peluang untuk sewaan ruang niaga di kesemua cawangannya. LuLu Group turut mengeksport barangan keluaran PKS ke negara-negara Timur Tengah. Sehingga kini, lebih 300 PKS berdaftar di bawah LuLu Malaysia. Dengan mengeksport barangan keluaran PKS Malaysia kepada LuLu Hypermarket seluruh dunia, LuLu Group membuka jalan kepada produk PKS untuk dikenali dengan lebih meluas dan berpeluang untuk ke pasaran global.

Tentang Lulu Group International 

LULU HYPERMARKET merupakan rangkaian pasaraya terkemuka dan satu-satunya peruncit Timur Tengah yang tersenarai dalam tinjauan tahunan Deloitte ‘Global Powers of Retailing 2021’* bagi MENA dan Asia. Diasaskan pada awal tahun 90an dan telah bertapak meluas di GCC, India, Indonesia, Malaysia dan Mesir; LuLu Hypermarket kini dikunjungi lebih 1,600,000 pelanggan setiap hari menjadikannya rangkaian peruncitan yang berkembang pesat dengan platform beli-belah atas talian yang menarik.

Lulu Group memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2016 dan kini telah mempunyai 5 cawangan kegemaran ramai di seluruh negara. LuLu Malaysia juga telah memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 500 warganegara Malaysia di 5 cawangannya setakat ini. Menurut Yusuff Ali MA, Pengerusi & Pengarah Urusan LuLu Group “Seperti yang telah dijanjikan sejak pembukaan cawangan pertama di Malaysia, kami akan terus komited untuk mengembangkan rangkaian LuLu di segenap pelusuk negara. Tidak lama lagi, lebih banyak cawangan LuLu akan dibuka termasuklah di Mayang Mall Kuala Terengganu dan Larkin Junction Johor Bahru yang dijangka akan dibuka pada suku pertama dan kedua tahun 2023.”

📍 LuLu Grocer, Ground Floor Toppen Shoppong Centre Johor Bahru (Bersebelahan dengan Mr. DIY)

Instagram: https://instagram.com/luluhypermarketkl

Baca juga: Shopping Keperluan Rumah di LuLu Grocer Toppen Shopping Centre

 414 total views,  2 views today

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!