Pengalaman Membuat Ultra Soothing Facial di Dermalene Johor Bahru

Beauty

Pengalaman Membuat Ultra Soothing Facial di Dermalene Johor Bahru | Cerita hujung minggu lepas. ‘Me time’ kali ni kita belai-belai muka di @dermalene.jb Dah lama betul Ummi tak manjakan kulit muka ni. Bila Babah bagi green light laju la Ummi set appointment.

Sabtu, 27 Ogos 2022 @ 10am. Ok set! 3 hari sebelum kejadian siap muncul reminder dari Dermalene. Sampai-sampai je haruslah tuju kaunter dulukan. Register nama kita mengikut tarikh temujanji.

Ummi bawa korang irtual tour ke Dermalene Skin Centre JB. Masuk je dah bau wangi dan menenangkan. Dekorasinya simple dan moden. Nampak menarik dan kemas. Sejuk mata memandang.

ANTARA RAWATAN YANG DITAWARKAN DI DERMALENE SKIN CENTRE

Pigmentation

  • Intraceutical Series
  • Radiant Skin Protocol
  • RX Spots & Scars
  • Chemical Peel Pigmentation

Acne Treatment

  • Chemical Peel Acne
  • Glycolic Peel
  • Hydrofacial Collagen Advance Series

Aging & Skin Firming

  • Ultra Soothing Facial

Scar Healing

  • PDRN
  • Dermapen + Serum
  • Collagen Induction Protocol
  • Resurface
  • Resurface + Serum

Basic Facial

  • Derma Gym
  • Derma Gym + Serum

Masquerade Series

  • Green/ Pink/ Red/ Black

Sebelum berjumpa dengan Beauty Consultant yang bertugas, Ummi diarahkan untuk mengisi borang Client Consultancy Record. Maklumat asas mengenai keadaan kulit dan sejarah kesihatan kita.

Next, Ummi dipanggil masuk ke dalam Consultation Room untuk berjumpa dengan Beauty Consultant, Cik Nadia. Proses seterusnya adalah membuat Facial Analysis. Bila dah tahu keadaan terkini kulit kita dari result analysis, barulah Beauty Consultant akan advise rawatan yang mana perlu dilakukan untuk langkah seterusnya. Syok betul Ummi dengar Cik Nadia punya celoteh. Kulit dia nampak flawless even pakai mask nampak juga la kulit dahi dia tu bersih cantik.

Pengalaman Membuat Ultra Soothing Facial di Dermalene Johor Bahru

Bila tengok result, masya Allah.. boleh tahan teruk juga kulit muka Ummi ni. Ni kalau anak-anak tengok mahu mejerit diorang ekekeke. Selama ni Ummi syok sendiri je ingatkan kulit Ummi ni jenis berminyak. Rupanya kulit Ummi ni jenis kulit kering. Ummi juga ada masalah spot, elasticity, pores dan wrinkles. Masalah paling utama adalah freckles atau jeragat. Ummi memang perhatikan bahagian kanan pipi Ummi dah bertambah jeragat. Usia semakin bertambah kedut dan keanjalan muka pun semakin berkurangan. Untuk sesi pertama ni, Cik Nadia, suggest Ummi untuk buat Ultra Soothing Facial disebabkan kulit Ummi terlalu kering jadi Ummi tak boleh buat treatment yang lain dulu. Kalau korang tengok result tu kebanyakkan merah je. Aduyaiii. Bestkan kalau Ummi dapat buat rawatan laser jeragat.

Ini antara produk yang disyorkan untuk rawatan kulit Ummi, antaranya Gentle Facial Cleanser Vanicream, Heliocare Sunscreen Protection Solar SPF 50+, Dermalene Ceramide Moisturizer dan Heliocare Fern PLE + sebagai beauty supplement.

Untuk pengetahuan korang, Dermalene juga ada mengeluarkan produk mereka sendiri seperti dalam gambar, Dermalene Facial Toner (Oily Skin), Dermalene Facial Wash (Acne & Oily Skin), Dermalene Serum dan Dermalene Skin Lightener. Untuk menggunakan produk-produk ni, korang kena dapatkan consultation dulu daripada Beauty Consultant mengikut kesesuaian kulit.

Ok tanpa berlengah lagi, Beauty Consultant explain pada Ummi tentang procedure yang bakal Ummi lalui sepanjang proses membuat Ultra Soothing Facial. Lepas tu Ummi kena sign tanda persetujuan. Jom tengok apa langkah seterusnya.

KEBAIKAN ULTRA SOOTHING FACIAL

  • Membersihkan kulit dan membuang sel kulit mati
  • Membantu melembabkan kulit muka dan memulihkan cahaya semulajadi kulit
  • Menegangkan dan meremajakan kulit muka

Ummi dibawa masuk ke SPA Room 2. Wahhhh tenang betul duduk dalam bilik ni hehehe. Ummi preparelah apa yang patut. Untuk korang yang nak ambil gambar semasa membuat facial, better bekal tudung inner sesiap. Jadi nanti tak payah la susah-susah korang nak edit gambar tu, insha Allah aurat masih terpelihara.

Ok I am ready! On your mark get set. Go!

Sila follow gambar kirik ke kanan untuk facial step by step. Mula-mula beautician cuci dulu muka Ummi dan seterusnya proses menyedut black head, white head dan seangkatan dengannya.

Proses seterusnya, sapuan aloe vera keseluruh muka. Lepas dah sapu ke seluruh muka, beautician buat urutan keseluruh muka menggunakan alat tu apa entah nama. Yang penting syok, sejuk je kulit. Rasa segar bugar.

Next, sapuan face mask ke seluruh kulit muka. Masa ni lah Ummi rasa saat paling heaven on earth hahaha. Syok betul muka pakai mask sampai ternyenyak tidur. Nasib Ummi tak berdengkur ekekeke. Dalam masa 20 minit gitu, selepas mask kering barulah beautician peel-off dari muka.

Last step, sapuan Heliocare Sunscreen Protection Solar SPF 50+. Ummi guna yang Fluid Cream. Best sangat sunscreen ni, tak rasa melekit pada kulit. Kulit nampak glowing walaupun hanya pakai sunscreen sahaja.

Taraaaaa.. hasilnya. Lihatlah wajahku glowing kan? hehehe. Alhamdulillah settled sesi pertama, so far so good. Kulit Ummi pun ok je tak ada yang luar biasa terjadi.

3 SEBAB KORANG KENA CUBA BUAT RAWATAN MUKA DI DERMALENE SKIN CENTRE:

1) Caring skin life partner yang telah merawat lebih 40,000 masalah kulit terutamanya jerawat, jeragat dan parut.
2) Shariah compliance. Tiada injection (cucuk, botox dan lain-lain lagi). Tidak mengubah ciptaanNya
3) Evidence proof and result-oriented. Beribu-ribu result kulit menjadi lebih baik dan sihat.

Nahhhh gi ushar reel video Ummi kat IG. Maafkanlah suara Ummi yang serak basah tu. Ummi diserang batuk masa nak buat voice over hehehe.

Korang kalau nak cuba buat facial treatment bolehlah ke Dermalene JB ya. Jom “Merdekakan Kulit” bersama Dermalene. Tak sabar Ummi nak buat next session dalam masa 2 minggu lagi. Stay tuned for more update ya!

DERMALENE SKIN CENTRE JOHOR BAHRU

Alamat: No/ 28 & 28-1 Jalan Perjiranan 4/1, Bandar Dato’ Onn, 81100 Johor Bahru, Johor.

Waktu Operasi: 10am – 7pm

Website: https://dermalene.com/

Facebook: Dermalene Skin Centre Johor Bahru

Instagram: 

@dermalenegroup
@dermalene.jb

Baca juga: Nikmati BBQ Buffet Dinner di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Pengalaman Membuat Ultra Soothing Facial di Dermalene Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!