Jom Ke LEGOLAND® Build The Thrills Festival Bermula 15 April – 26 Jun 2022

Leisure

Jom Ke LEGOLAND® Build The Thrills Festival Bermula 15 April – 26 Jun 2022 | Alhamdulillah sempat bawa anak-anak ke pelancaran “Build The Thrills Festival” di LEGOLAND Malaysia hari Jumaat lepas. Festival yang bertemakan kenderaan dan perlumbaan ini akan berlangsung bermula 15 April hingga 26 Jun 2022.

Baca juga: Build The Thrills Festival at LEGOLAND® Malaysia Resort

Sekitar majlis pelancaran LEGOLAND® Build The Thrills Festival. Ucapan kata alu-aluan dan perasmian dari Mr. CS Lim, Divisional Director LEGOLAND Malaysia Resort.

Jom Ke LEGOLAND® Build The Thrills Festival Bermula 15 April - 26 Jun 2022

Launch Gambit LEGOLAND® Build The Thrills Festival.

Apa yang bestnya, buat julung kalinya keseluruhan taman tema berubah menjadi dunia litar lumba untuk para pengunjung merasai kelainannya. Banyak aktiviti menanti para pengunjung tau. The Ilhams punyalah teruja tak sabar-sabar tau diorang nak tunggu hari Jumaat. Siap counting days lagi. Adehhhhh sabar je lah. Baba pergi Legoland ni memang anak-anak confirm terujalah.

Jom Ke LEGOLAND® Build The Thrills Festival Bermula 15 April - 26 Jun 2022

Sepanjang tempoh ni, korang berpeluang mengambil gambar dengan model LEGO® Ferrari⁹ 512M seberat 280kg, versi 3D dan bersaiz 2700 x 1200 x 700mm. Best kan?

Anak-anak juga boleh membina, menguji dan berlumba kenderaan ciptaan mereka. Anak-anak boleh memandu di Driving School dan berpeluang mendapatkan “Best Driver Medal”.Korang boleh singgah ke zon LEGO® Mindstorms dan sertai bengkel berasaskan STEM, robotic maze racer, serta membina dan menguji kenderaan menggunakan LEGO® Technic. Beriya Abang Ilham dan Mak Wee tu buat kereta ciptaan mereka.

Banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang pastinya membuatkan anak-anak mahupun ibu ayah teruja.

Jom Ke LEGOLAND® Build The Thrills Festival Bermula 15 April – 26 Jun 2022

Jom Ke LEGOLAND® Build The Thrills Festival Bermula 15 April - 26 Jun 2022

Stunt Show by Psycusix.

Live Performances ~ Friends Rally Showcase, Stunt Shows, Tech Mech & Bike Stunts.

Jom Ke LEGOLAND® Build The Thrills Festival Bermula 15 April - 26 Jun 2022

Meet the LEGO racers: The Technical Builder, the Speed Champion, and the City Racer, fantastic characters Emmet, Wyldstyle, Elvie & Bricky.

Pit Stop Building Activity, Rescue Academy, Lucky Draw, Track Attack Showcase, Food Truck & The Cafe.

Kalau haus dan lapar jangan lupa singgah di food truck dan cafe. Korang juga berpeluang memenangi cabutan bertuah tau. Hadiah lumayan weh! Boleh juga join contest SNAP, POST & WIN.

Jom Ke LEGOLAND® Build The Thrills Festival Bermula 15 April - 26 Jun 2022

Gambar-gambar selanjutnya korang boleh tengok di facebook ya:

Untuk maklumat lanjut tentang LEGOLAND Build The Thrills, layari laman web rasmi di https://www.legoland.com.my/…/shows…/build-the-thrills/ atau media sosial LEGOLAND di Facebook dan Instagram.

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!