Ramadan Buffet di Hotel Sentral Johor Bahru | Hotel Sentral Johor Bahru adalah antara hotel yang menawarkan harga buffet ramadan di bawah RM60. Boleh dikatakan antara yang murah dan mampu beli la gitu. Makanannya pun boleh tahan sedap.
Antara hidangan yang disajikan:
Kambing golek, Nasi Briyani & Asam Pedas Tetel (Signature Dish)
Ikan Goreng Bombay, Daging Briyani Kabuli, Chicken Sweet & Sour.
Sate, Mee Hoon Soto, Rojak Petis, Rojak Asma, Potato Salad.
Aneka kuih muih tradisional, puding, kek dan buah-buahan. Ada juga live station goreng-gorengan seperti keledek goreng, cucur sayur dan keropok lekor.
Ummi Ilham’s Favourite:
Masa mula-mula tengok menu asam pedas tetel dan dilabelkan sebagai “signature dish” Ummi dah rasa wahhh mesti cuba ni. Nak rasa sedap ke tak ni. Kalau dah dilabel signature dish haruslah sedapkan. Ok bila Ummi dah rasa sendiri memang betul-betul sedap. Kena la dengan tekak Ummi. Babah pun kata asam pedas tetel sedap. Lagi satu Ummi suka Daging Briyani Kabuli. Abang Ilham pun suka asam pedas tetel dan chicken sweet sour. Dia dan Syamil kemain bertambah-tambah makan chicken sweet sour. Syahid? Ohhhh dia syok makan keropok lekor hehehe. Kambing golek pun sedap ok. Ummi duk repeat potato salad hehe.
Nak tengok gambar lebih lagi korang boleh tengok di facebook Ummi ya.
Hotel Sentral juga meraikan majlis iftar bersama anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Setanggi, Johor Bahru.
Cafe Terrace View
4 April – 1 May 2022
6pm – 9pm
Dewasa – RM58
Kanak-kanak & Warga Emas – RM38
Kalau korang nak berbuka di sini, boleh buat contact nombor kat bawah tu ya.
Untuk tempahan, sila hubungi:
En. Shah
www.wasap.my/60187706002/ramadanbuffet
Senarai Buffet Ramadhan Sekitar Johor Bahru 2022