Buffet Ramadan "Aneka Warisan Suasana" di Suasana Suites Hotel Johor Bahru

Buffet Ramadan “Aneka Warisan Suasana” di Suasana Suites Hotel Johor Bahru

Buffet Ramadan "Aneka Warisan Suasana" di Suasana Suites Hotel Johor Bahru

Buffet Ramadan “Aneka Warisan Suasana” di Suasana Suites Hotel Johor Bahru | Sekiranya korang mencari buffet Ramadan dengan harga murah dan berpatutan Ummi cadangkan korang ke Suasana Suites Hotel Johor Bahru. Tahun ini, hidangan buffet Ramadan bertemakan “Aneka Warisan Suasana” dengan menghidangkan masakan tradisional Melayu yang sangat menyelerakan.

Sambil tu korang juga boleh menikmati pemandangan dari Level 35, Suasana Suites Hotel. Aras tertinggi dengan pemandangan 360° Johor Bahru.

Antara menu utama yang disediakan ada nasi beriyani, daging kerutuk, ayam masak merah, siout sedut masak lemak cili api, pajeri nenas dan sayur campur.

Sup Tulang bersama roti dan sambal kicap. Memang padu!

Nak makan bubur lambuk pun ada tau. Rasanya unik sikit lain dari yang lain. Lemang dan ketupat juga menjadi sajian berbuka puasa digandingkan dengan sambal kacang dan serunding daging. Terdapat juga roti jala yang dimakan bersama kuah kari.

Aneka ulam-ulaman, aneka kerabu, rojak buah, ikan masin, teluar masin, sambal, cencalok dan budu. Semuanya pembuka selera.

Live station, boleh tengok chef masak kue tiaw goreng dan beraneka mee secara live.

Ada juga ikan bakar kembung dan juga ikan bakar pari.

Buffet Ramadan “Aneka Warisan Suasana” di Suasana Suites Hotel Johor Bahru

Tak syoklah makan ikan bakar tak ada kuah air asam kan. Haaa kuah air asam ni belum makan dah rasa terliur tau. Baru je cium baunya dah rasa sedap hahaha. Ada juga pilihan sambal kicap. Lada jeruk tu penyedap rasa bila korang makan kue tiaw goreng nanti.

Aneka kuih muih tradisional, kek dan kurma. Makan kole kacang tu teringat Tok Ayah. Kuih favourite beliau tu hehehe.

Aneka buah-buahan. Sebelum makan berat haruslah makan buah dulu ok. Supaya perut tak terkejut nanti hehehe.

Untuk minuman ada pilihan minuman sejuk dan panas serta ABC. ABC tu macam biasalah DIY sendiri ya. Air anggur tu sangat mengimbau zaman kanak-kanak dia punya rasa.

Ummi Ilham’s Favourite:

Kalau kat Suasana Suites Hotel ni, Ummi sangat suka daging kerutuk tu sedapnya la hai. Makan dengan lemang yang lembut tu memang ngam sangat. Rojak buah dan kerabu pun sedap. Sampai Ummi terrepeat dua kali ekeke. Siput sedut masak lemak cili api tu memang sedap dan berapi. Kalau korang suka makan pedas memang kena cuba. Selain itu Ummi suka ikan bakar especially ikan pari tu weh. Nampak je potongan comel gitu kan rasa dia sedap. Sambal yang menyaluti ikan tu sedap letak pulak air asam. Ehhh taip pun meleleh air liur hahaha. Air anggur tu syok betul minum terasa macam kordial double lion arwah mak suka buat dulu hehehe. Eh ada satu lagi Ummi suka, serawa durian. Kalau dah ada durian konfem la all time favourite. Itulah review dari Ummi. Ummi rasa harganya berbaloi la dengan hidangan yang disediakan. So korang yang mencari buffet Ramadan dengan harga murah boleh cuba di Suasana Suites Hotel Johor Bahru. Details seperti di bawah.

ANEKA WARISAN SUASANA

📍Level 35, Amber Room, Suasana All Suites Hotel, 82C Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor.

EARLY BIRD

📅 3 April – 9 April 2022
🕖 7pm – 10pm

RM68 bersih (Dewasa)
RM48 bersih (Kanak-kanak)
RM58 bersih (Warga Emas)

HARGA BIASA

📅 10 April – 1 May 2022
🕖 7pm – 10pm

RM78 bersih (Dewasa)
RM48 bersih (Kanak-kanak)
RM58 bersih (Warga Emas)

Untuk tempahan, sila hubungi:

☎️ +607 267 0148
www.wasap.my/60166629321

Buffet Ramadan 2022 Hotel & Restoran di Johor Bahru

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *