Jom Sertai Program PERANTIS ISKANDAR

Info Sharing
Jom Sertai Program PERANTIS ISKANDAR

Jom Sertai Program PERANTIS ISKANDAR | PERANTIS ISKANDAR adalah program menyokong inisiatif kerajaan untuk memulihkan ekonomi melalui pembangunan modal insan. PERANTIS ISKANDAR dikelolakan oleh EduCity Iskandar telah diilhamkan daripada Germany’s Apprentice Programme (Program Perantis Jerman) yang direka untuk memenuhi permintaan dan keperluan industri melalui inisiatif peningkatan kemahiran.

PERANTIS ISKANDAR adalah sebahagian daripada sumbangan EduCity Iskandar untuk menyokong usaha negara untuk memastikan belia kita diambil bekerja di INDUSTRI YANG SESUAI dengan GAJI YANG BERPATUTAN.

EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd telah dianugerahkan dana sebanyak RM5 juta melalui Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (IRDA). Dana yang diperuntukkan ini telah diluluskan pada 17 Mac 2021 oleh Kementerian Kewangan di bawah inisiatif PENJANA. Kini PERANTIS ISKANDAR bersedia untuk mencari perantis yang sangat bersemangat dan berdedikasi.

Program ini kini berada di landasan yang betul kerana PERANTIS ISKANDAR telah memperoleh beberapa syarikat dan agensi korporat tempatan dan antarabangsa yang terkemuka sebagai rakan kongsi industri yang akan menawarkan jawatan baharu kepada perantis yang berjaya.

MATLAMAT PERANTIS ISKANDAR

  • Meningkatkan pembangunan ekonomi serantau Iskandar Malaysia melalui pembangunan modal insan
  • Melahirkan bakat yang kompeten untuk industri pekerjaan
  • Menangani isu pengangguran yang disebabkan oleh pandemik COVID-19

SIAPA YANG BOLEH MENYERTAI PERANTIS ISKANDAR?

***syarat tambahan akan ditentukan oleh rakan industri

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 35 tahun.
  • Lepasan Sekolah/Kolej/Universiti (SPM, STPM, Sijil Kemahiran, dan Ijazah), daripada pelbagai pengajian, seperti yang ditentukan oleh rakan industri.

ANTARA PROGRAM YANG DITAWARKAN:

  • Automotive Technologist – Tempoh: 3 bulan
  • AI Programmer – Tempoh: 4 bulan
  • Business Process Outsourcing (BPO) Specialist – Tempoh: 1 bulan
  • Grassroot Coaches – Tempoh: 5 bulan
  • HVAC Technologist – Tempoh: 2 bulan
  • Professional Welder – Tempoh: 2 bulan

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PERANTIS ISKANDAR?

Sila isi borang secara online:

BORANG PERMOHONAN PERANTIS ISKANDAR

Jom Sertai Program PERANTIS ISKANDAR

RAKAN INDUSTRI YANG SAH

Jom Sertai Program PERANTIS ISKANDAR

MAKLUMAT LANJUT:

Asyraf +6019-7710514

Syamina +6018-3787652

Line open: 8.30am – 6.00pm (Monday – Friday)

Sebarang pertanyan, sila email ke info.perantis@educity.com.my

Baca juga: Iskandar Malaysia Professional Fund (IMProF)

P/S Korang yang memerlukan pekerjaan tetap, masih mencari-cari pekerjaan yang sesuai atau terkesan dengan pandemik COVID-19 Ummi suggestkan korang register sebagai Perantis Iskandar ni. Memang dijamin dapat pekerjaan selepas tamat tempoh latihan. Bukan hanya sekadar memberi latihan saja. Ayat mudahnya memang sah-sah dapat kerja lah gitu. Apa tunggu lagi cepat grab peluang ini.

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Jom Sertai Program PERANTIS ISKANDAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!