Kenangan PRN Johor 2022

Kenangan PRN Johor 2022

Kenangan PRN Johor 2022 | Cerita Ummi mengundi untuk kali ke 4 kot sepanjang hidup. Setakat ni memang mengundi di SK Tiram Duku. Kali ni macam biasalah saing Mommy Ngah dan Ibu Ain. Oleh kerana Babah dan dua lagi hero dah balik kampung awal sempena majlis pernikahan Mak Tam, jadi Ummi menjaga Syahid je sorang. Syahid duduk rumah Buci sekejap sementara Ummi mengundi. Dia punya excited nak mengundi tu kan sampai tak sedar pakai tudung terbalik. Dah sampai SK Tiram Duku Mommy Ngah tegur yang tulisa “Hijab Galeria’ di tudung Ummi tu terbalik hahaha. Aduhaiii. Ahhh don’t care! janji mengundi. Balik rumah kita betulkan semula.

Tak lama menunggu, kami dah dapat turn. Begitu cepat pengurusannya. Orang-orang muda saluran 3.

Inilah petugas yang bertugas di saluran 3. Dari jauh dah kenal suara beliau. Mak Indo rupanya, kawan sekolah Ummi hahaha. Mak Indo sebut kekuat nama dan nombor kad pengenalan Ummi. Masa dia suruh buka face mask tu Ummi ingat dia saja nak prank hahaha. Rupanya arahan betul-betul hahaha. Lepas dah sahkan identiti, ke kaunter sebelah untuk celup jari tanda dah mengundi. Sekali lagi mak ko excited kan. Petugas tu kata celup dalam-dalam, maka Ummi dengan lurus bendulnya celup sampai dua ruas jari. Haaaaa amekawwwwww padan muka. Tengoklah hasilnya.

Tambahan pakej comot lagi meleleh kat jari aduhaiiii. Jari dah comot tengok slip mengundi terus blur nak undi siapa kahkahkah.

Haaaaa close up. Comot sekali hahaha. Kemain purple lagi kan. Tapi lama kelamaan dah berubah warna jadi semakin gelap. Naik scary Ummi menengoknya hahaha.

Makin lama makin gelap dan gelap. Rasa masa mengundi yang lepas tak lah buruk gini rupa ink nya hahaha. Dah macam gangrene effect dari diabetes. Ehhh seramlah kita.

Hari ni dah terkupas dah inknya. Ummi berus-berus juga ni supaya cepat hilang. Ikut petua guna clorox dan air panas. Rumah ni tak ada clorox ada vanish je haha. Buruk rupa jari gini nak ke hotel untuk preview Ramadan Buffet nanti hahaha. Dah macam pau cendawan pulak bila dah terkupas ink kahkahkah. Ada-ada je lah. YB yang menang dah start buat kerja ke belum tu? Ummi tanya je hehehe.

Oklah orang Johor yang minat produk Bubblebee pergilah dapatkan diskaun sempena PRN Johor. Syarat-syarat macam kat bawah tu. Diorang dah extend promosi tu. Lekas!

PROMO BUBBLEBEE MALAYSIA SEMPENA PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR (DILANJUTKAN 14 – 16 MAC 2022)

Hanya tunjukkan dakwat di jari anda dan dapatkan 20% diskaun untuk semua menu di Bubblebee sempena PRN Johor.

BUFFET RAMADAN 2020 SEKITAR JOHOR BAHRU

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

  1. ain pulak .. disuruh nyaa ke dalam kan lagi jari tuh .. ehhhh hahahahahha. kita punya lah tak nak gelap sangat ,, haaa betul di benam kan jari kita ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *