Jersi Sublimation Muslimah Dari JRig Gear Sangat Selesa Untuk Aktiviti Riadah | Ummi memang sangat cerewet bila nak memilih kain jersi. Almaklumlah kebiasaannya kain jersi ni ada yang jenis melekap di badan. Memang konfem Ummi tak approve kalau material macam tu. Nak pakai pun segan. Tapi kali ni Ummi puas hati sesangat bila dapat menyarung jersi sublimation muslimah dari JRig Gear.
Musim Total Lockdown ni tak berani nak merisikokan diri beriadah di luar rumah. Jadi Ummi sarung jersi muslimah bersenam dalam rumah atau di beranda rumah. Memang selesa sangat kainnya sejuk. Jersi sublimation ni diperbuat daripada kain microfiber eyelet yang mana ianya adalah sejenis kain serap peluh, ringan dan sesuai untuk dipakai semasa menjalankan pelbagai aktiviti sukan.
Bila pakai keluar rumah pun sebagai kaum wanita kita rasa tak segan sangat kerana panjangnya cukup labuh menutup bahagian yang wajib ditutup. Memang Ummi puas hati sesangat. Lagi-lagi bila dapat customade ikut design dan logo yang kita nak. Ummi request untuk letak logo JDT Blogger. Barulah ada kelasssssssss 😉
Logo printing yang jelas dan kemas.
Lengan panjang hingga melepasi pergelangan tangan Labuh hingga ke paras lutut
Potongan yang menutup aurat, tak melekap di badan.
KENAPA KORANG KENA PILIH JERSI SUBLIMATION?
- Kain microfiber eyelet – sesuai untuk semua aktiviti sukan.
- Kain tidak jarang – ini ciri utama yang perlu dititikberatkan sebelum memilih jersi terutamanya buat kaum wanita.
- Kain cepat kering – dapat mengelakkan bau kepam.
- Tidak melekat ketika berpeluh – kualiti kain yang baik tak melekap di badan.
- Selesa untuk aktiviti harian – tak bersenam atau bersukan pun masih selesa dipakai kemana-mana.
- Full printing – kualiti cetakkan yang terbaik.
- Warna tidak luntur – walau bash berkali-kali warna tak luntur.
- Printing berkualiti (Mesin jenama EPSON) – dicetak dengan mesin cetak yang berkualiti dari EPSON.
+++++++++++++++++++++
JRig Gear sedang mencari 20 orang Agent Dropship khas untuk penduduk Taman Universiti, Skudai, Johor.
Dropship bagi produk baju keluaran syarikat JRig Gear. Komisen RM10-RM15 sehelai.
Baju ini sesuai dipakai uuntuk orang yang masih single, pasangan dan berkeluarga. Anda cari customer, JRig uruskan dan hantar terus kepada customer anda.
Berminat ? tekan link ini untuk join.
https://t.me/joinchat/pImJrZoq_AkwNGU1
Nak lihat design-design keluaran syarikat JRig, tekan link ini. : https://t.me/jriggearsublimation
JRIG GEAR SUBLIMATION
Pengilang baju SUBLIMATION & PACKAGING di Johor.
INSTAGRAM – https://instagram.com/jriggear
FACEBOOK – https://www.facebook.com/Jriggear/
WEBSITE: https://jriggear.com/
NO. TELEFON: 07-554 8223
WHATSAPP – http://www.wasap.my/+601110765736
Baca juga: Jualan Gudang Online HomePro Malaysia (17 Jun – 20 Jun 2021)