Berbuka Puasa di Mana Cafe Puteri Harbour

Berbuka Puasa di Mana Cafe Puteri Harbour | Alhamdulillah sempat meluangkan masa berbuka puasa dengan adik-adik, adik ipar dan anak-anak buah sebelah Babah Ilhams. Babah open table. Lokasi pilihan Mana Cafe, Puteri Harbour. Boleh tahan banyak pilihan makanan. Ada lebih kurang 80 jenis menu yang dihidangkan. Pilih saja mana suka.

Berbuka Puasa di Mana Cafe Puteri Harbour

Antara gambar yang sempat Ummi snap. Orang ramai, jadi tak dan Ummi nak snap sambil menjaga SOP gitu. Tapi memang meriah weh makanan. Korang bayangkan rasa semua lazat-lazat.

Berbuka Puasa di Mana Cafe Puteri Harbour

Buah-buahan untuk permulaan berbuka.

Berbuka Puasa di Mana Cafe Puteri Harbour

Favourite macam biasa, harus mencari si kambing golek. Sedapppppp siap dengan coleslaw. Abang Ilham siap repeat sepinggan lagi. Tak sangka dia suka betul dengan daging kambing hehehe.

Berbuka Puasa di Mana Cafe Puteri Harbour

Ni pinggan pertama Ummi. Banyak sayur favourite Ummi, jadi semua Ummi cekut sikit-sikit. Pembuka selera, dihujung pinggan tu ada kerabu dan cencalok. Mantap! Ikan keli salai sedap juga. Ada pinggan kedua berisi kerabu, fish fillet, sayur-sayur dan semangkuk bubur pulut hitam.

Berbuka Puasa di Mana Cafe Puteri Harbour

Budak cenonit ni berbuka puasa ikut waktu Sabah hahaha. Sedap betul tengok dia makan popia dan karipap.

Gamabr reramai memang tak ada. Gambar Acu Nuar, ALong dan Fitri pun tak ada. Makcik ko nak makan jadi kemalasan sangat nak ke hulu ke hilir bergambar hahahaha.

Ok korang yang nak cuba berbuka puasa di Mana Cafe bolehlah buat tempahan secepat mungkin ya. Kalau hari-hari biasa menu kegemaran Ummi adalah roti canai dan teh ais kat sini tau. Teh ais tu boleh terbayang-bayang rasa dia yang sedap tu. Dah jadi port bersarapan hujung minggu nampaknya hahaha. Selain tu, nasi goreng tenpanyaki pun sedap.

Berbuka Puasa di Mana Cafe Puteri Harbour

MANA CAFE PUTERI HARBOUR

Special menu “Kambing Golek”

Harga Buffet Ramadhan 2021
6.30pm – 9.00pm
Dewasa RM45.00
Kanak2 RM25.00 (6-12thn kebawah)

Kami juga mengadakan Solat Terawih setiap hari.
.
Tempah awal untuk dapatkan meja anda.
.
WhatApps :
Restoran 07- 585 2529
Jack 016- 7288 078
Shabul 016-7288 056
Hussin 016-7288 736

BACA JUGA: Pakej Buffet Ramadhan 2021 Hotel & Restoran di Johor Bahru

 384 total views,  5 views today

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!