Berbuka Puasa di Brick Family Restaurant Legoland Hotel | Bulan puasa ni Ummi kurang mood nak mengupdate menu berbuka. Memang rasanya dah 2 minggu puasa tak ada post menu berbuka hehehe. Almaklumlah buat masa ni kami menumpang di rumah Mommy Ngah. Line UMobile pun sendu, jadi tak ada mood nak update kat social media hahaha.
Cerita Sabtu lepas 5 Ramadan, boss ajak berbuka dengan geng-geng office di Brick Family Restaurant Legoland Hotel. Maka hari Sabtu tu kami berbukalah beramai di sini. Siangnya tu Ummi dan Babah dah plan awal nak ke IKEA Tebrau. Pukul 5pm baru keluar dari IKEA. Macam biasalah highway Pasir Gudang tak saha kalau tak jam. Nasib sempat cilok exit Kempas. Itu pun kami dah terlewat gila sampai ke sana. Mana taknya, nak unloading barang lagi, nak ambil anak-anak di rumah pengasuh lagi. Akhirnya kami sampai 7.50pm hahaha. Orang semua dah kenyang kami baru nak makan. Sempat berbuka karipap IKEA dulu dalam kereta hehehe. Jomlah tengok apa kami makan. Gambar tak sempat nak snap semua. Almaklum dah datang lambat.
Bertemakan “Spice of Nusantara” terdapat lebih kurang 200 menu untuk Buffet Ramadan Legoland Hotel. Boleh tahan sedap.
Berbuka Puasa di Brick Family Restaurant Legoland Hotel
Ini antara yang Ummi makan. Kalau ke Brick Family Restaurant ni tak sah kalau tak makan seafood on ice tu. Sedap kupang dan udang segar bugar.Kerabu mangga tu pun sedap. Satay tu Ummi lupa sempat makan ke tak. Sebab rasanya dah kena bedal dengan anak-anak hahaha.
Tak sah la kalau makan buffet Ramadan tak mencari encik kambing ni kan. Jaranglah tekak Ummi rasa tak sedap kalau bab kambing ni hahaha.
Tengok budak berdua ni. Pantang jumpa Uncle Azam. Ada la tu plan dia. Tanya pasal game lah apa lah. Sibuk nak pergi tidur rumah Uncle Azam. Syamil siap tanya, “Bila Uncle Azam nak jual PS4 kat kitorang?” hahaha. Suka hati dia je.
Kemain ek berdua buat mini love hahaha.
Percubaan Bayap nak ambil gambar dengan Syamil. Nasib sekarang dia dah kurang malu dengan Bayap. Kalau tak jangan harap dia nak bergambar berdua. Sudahnya Bayap jadi mangsa bawa ke toilet hahaha.
Heyyy pakcik ni.. dia boleh ajak Babah berbual. Dia tak tahu ke Ummi dah lapar. Kebetulan si Syahid boleh pulak syok tidur. Itu yang haru nak makan. Lambat Babah siap makan maka lambatlah Ummi nak menikmati juadah sepuasnya hahaha.
Family Kak Ain.
Family Kak Leen.
Family Nazam.
Family Capt. Rahmat.
Family kami terselit Uncle Azam.
Family kami lagi terselit Capt. Akashah, Adam, Uncle Azam dan Uncle Epan. Lupa nak snap family Capt. Akashah. Adehhh. Orang kuat Legoland Puan Hanim tak ada dalam gambar.
Layankan la budak depan ni wefie. Budak belum ada family. Masih bujang trang tang tang. Siapa berkenan PM Ummi hahaha.
Our family potrait yang tak berapa nak sempurna hahaha. Yang paling kecil hujung kanan tu tak reti diam. Suruh duduk nak bangun.
Last but not least, “L” for Legoland. Barulah Ummi perasan Abang Ilham buat L terbalik hahaha.
Ni untuk rujukan korang yang nak berbuka dengan Buffet Ramadan Spice of Nusantara di Brick Family Restaurant, Legoland Hotel.
Spices of Nusantara
Bricks Family Restaurant, LEGOLAND® Hotel, LEGOLAND® Malaysia Resort
15 April – 12 Mei 2021
6 pm – 10 pm
Harga buffet:
RM128 nett per dewasa
RM65 nett per kanak-kanak/ warga Emas
*Beli 10 baucar, PERCUMA 2
*20% discount for LEGOLAND® Annual Pass members
FREE Parking
PERCUMA masuk ke SEA LIFE untuk setiap pembelian baucar.
4 pm – 6 pm | Ahad – Khamis
Untuk tempahan dan pertanyaan:
+607-597 888 | admin.fnbhotel@LEGOLAND.my
Jom like page HERNEENAZIRDOTCOM
okay, nanti kami pegi naaaa
kihkihkihhh.. suka tengokk ilham selamba je pakai tangan … kitorang ponn selalu kt hotel pakai tgn je … bimbang nak kopek udang sekali tergolek ke meja sebelah je nantii dek makai sudu garpu.hahahhaha.
diorang memang selamba kodok jek in pakai tangan..kat mana pun..