Sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) 2021

Sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) 2021 | Sejak 20 Januari 2021, bermulalah sesi Sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) 2021 bagi semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Ujian wabak COVID-19 memberi impak yang sangat besar kepada dunia pembelajaran anak-anak. Dugaan untuk guru-guru, ibu bapa juga anak-anak yang tak dapat belajar secara bersemuka dengan guru-guru di sekolah. Sedaya upaya dengan kerjasama semua kita usahakan agar anak-anak tak ketinggalan dalam pelajaran. Jadi ibu ayah bersedialah untuk meneruskan PdPR di rumah masing-masing dengan keperluan yang ada.

Sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) 2021

Alhamdulillah untuk sesi pembelajaran awal tahun ni sepanjang PKP 2.0, Ummi dapat monitor terus dari rumah disebabkan Ummi diarahkan untuk Work From Home (WFH). Rezeki bukan selalu datang. Bagi sesi PdPR tahun lepas semasa PKP 1.0, mostly kesemua tugasan dari cikgu hanya dapat disiapkan pada waktu malam. Struggle jugalah Ummi balik kerja, siap masak makan dan jadi cikgu untuk Abang Ilham dan Abang Syamil ni.

Bagi PdPR kali ni, Ummi cuba susun jadual supaya tugasan anak-anak tak terlepas pandang. Ummi kongsikan apa yang Ummi buat untuk PdPR Abang Ilham.

Persedian Sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) 2021

1.Sediakan “Private Channel” di Telegram

Memandangkan cikgu-cikgu memberikan tugasan di group whatsapp dan telegram, jadi Ummi buka satu channel private di Telegram untuk “PdPR Ilham”. Ummi copy tugasan di group whatsapp dan masukkan ke private channel. Ummi hanya beri akses Telegram Web ke PC yang digunakan oleh Abang Ilham. Jadi semua tugasan dia boleh rujuk di private channel. Abang Ilham tak ada handphone sendiri untuk whatsapp. Jadi semua info melalui Ummi. Handphone yang ada hanya menggunakan WiFi.

Sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) 2021

Mana-mana subjek yang menggunakan medium Telegram Ummi benarkan dia untuk akses sendiri channel tersebut. Setakat ni memang mudah untuk Ummi monitor. Sekolah agama pun menggunakan medium yang sama telegram. Jadi dia boleh belajar untuk tengok sendiri apa-apa info dari cikgu. Hanya ada satu subjek saja yang menggunakan medium Google Classroom setakat ini dan diakses dari handphone Ummi.

2. Sediakan Jadual Waktu di Google Sheet

Sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) 2021

Ummi juga sediakan jadual di Google Sheet untuk memudahkan Abang Ilham merujuk jadual pembelajaran harian. Ummi akan update setiap kali cikgu update jadual. Ummi favouritekan Google Sheet ni demi memudahkan Abang Ilham untuk mencari jadual kelasnya.

3. Sediakan “To Do List”

Contoh “To Do List” yang Ummi sediakan untuk Abang Ilham. Setiap hari Ummi akan updatekan to do list yang dia perlu siapkan mengikut jadual yang diberi. Ini memudahkan Ummi untuk memantau tugasan yang ada supaya tak terlepas pandang. Almaklumlah, Ummi pun sibuk dengan tugasan pejabat.

4. Daftarkan Akses Ke Buku Teks Online – Buku Teks Digital Percuma dari Kementerian Pendidikan Malaysia

Oleh kerana buku teks belum dapat diagihkan, maka anak-anak boleh saja merujuk kepada buku teks online yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Alhamdulillah, masih ada alternatif lain untuk anak-anak. Ummi dah daftar untuk Abang Iham mengakses buku teks online dan menjawab kuiz. Begitu juga dengan sekolah agama, ada disediakan link untuk merujuk kitab-kitab mengikut darjah masing-masing.

Bukut Teks Online Sekolah Rendah & Menengah – Buku Teks Digital Percuma dari Kementerian Pendidikan Malaysia

Sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) 2021 – Abang Syamil

Untuk Abang Syamil, seperti yang sudah-sudah cikgu PASTI akan memberikan tugasan melalui video. Mudah untuk ibu ayah mengajar anak-anak. Terima kasih untuk cikgu-cikgu PASTI Ar-Rahman 1 yang sangat kreatif menyediakan video-video pembelajaran untuk menarik minat anak-anak.

Setakat ni dua tugasan video dah sempat kami selesaikan. Alhamdulillah Abang Syamil bagi kerjasama walaupun malu-malu bila Ummi nak rakam video.

Setakat ini yang sempat Ummi kongsikan untuk memudahkan sesi pembelajaran berlangsung di rumah. Sama-samalah kita berusaha agar anak-anak kita tak keciciran. Terima kasih atas usaha cikgu-cikgu Abang Ilham dan Abang Syamil. Ummi dan Babah Ilham sangat menghargainya. Semoga Allah hapuskan wabak COVID-19 dari muka bumi dan semoga Allah permudahkan urusan cikgu-cikgu, ibu bapa dan anak-anak dalam menuntut ilmu.

Bila dah jadi cikgu sepenuh masa kepada anak-anak sendiri, barulah kita tahu betapa strugglenya cikgu nak melayan kerenah anak-anak kita kan. Semoga ibu bapa juga dapat meningkatkan tahap kesabaran dalam mengajar anak-anak. “Mak ko ijo” itu perkara biasa. Norma baharu katanya hehe. Bersyukurlah anak-anak kita punya kemudahan mengakses internet. Cuba bayangkan situasi ibu ayah dan anak-anak yang kurang berkemampuan. Pasti kita akan rasa lebih bersyukur! Apa pun terima kasih cikgu!

JOM BACA! Kasut Sekolah Pallas Jazz 205-0196BK Pilihan Terbaik

 644 total views,  39 views today

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!