FamilyMart Basque Burnt Cheesecake Sofuto.. Sedap Ke Tak? | Walaupun dah berminggu-minggu FamilyMart memperkenalkan perisa terbaru Basque Burnt Cheesecake Sofuto ni, Ummi baru je nak mencubanya. Nak juga merasa sedap ke tidak rasanya. Jadi lepas lunch di Restoran Hua Mui, Taman Eko Botani kami terus singgah ke FamilyMart Taman Eko Botani semata-mata nak beli sofuto.