Rasai Kesedapan Sambal Cheese Korea Che’Nor

Rasai Kesedapan Sambal Cheese Korea Che’Nor | Bab makan memang laju je Ummi order. Pertama kali nampak geng PTP promote hasil jualan terus rasa macam terpanggil-panggil nak mencuba. Sepatah kata beliau, “Awakkan suka korea korea ni.” hehehe. Tanpa membuang masa Ummi order sebotol Sambal Cheese Korea Che’Nor dan hari pertama bekerja dah dapat dah sebotol.

Inilah rupa Sambal Cheese Korea Che’Nor tu. Packaging nya cantik dan kemas.

Nampak tu isi kandungannya. Katanya yang pertama di Malaysia, gabungan sambal ikan bilis dan keju serta taburan bijan hitam. Bila buka saja penutup memang semerbak baunya.

Untuk pertama kalinya Ummi cuba gandingkan dengan bubur nasi. Ummi minta sikit bubur nasi bekalan Syahid ke rumah Opah buat bekal ke office semata-mata nak makan bubur dengan Sambal Cheese Korea Che’Nor hehehe. Memang lauk ni je yang Ummi makan. Ternyata sedap. Kiranya gandingan mantaplah ni. Rasa sambal ni taklah terlalu pedas sampai tahap tak boleh makan. Pedas-pedas manja gitu. Kejunya pun taklah terlalu ketara mengalahkan rasa sambal. Kiranya sesedap rasa gitu. Ikan bilisnya garing dan rangup memang sedap je diratah.

Tengahari Ummi tak keluar makan, Ummi beli Maggi Hot Cup perisa kari dan gandingkan dengan Sambal Cheese Korea Che’Nor. Fuhhhh. Sedap yang amat hehe. Sila jangan contohi Ummi makan maggi hehe. Ini malas nak keluar punya pasal.

Secara keseluruhannya, memang sedaplah sambal ni. Ummi suka dan mengikut selera Ummi. Recommended untuk yang nak travel, camping atau buat lauk segera di saat kebuntuan nak masak atau penambah lauk pauk sedia ada hehe.

Kalau korang nak mencuba, boleh contact nombor di bawah ni ya atau pergilah cuci mata di instagram Falvourscube tu. Banyak lagi makanan yang dijual hehehe.

INSTAGRAM – FLAVOURSCUBE

atau

WHATSAPP
http://wasap.my/60167179954/SambalCheeseKoreaCheNor

Harga Sambal Cheese Korea Che’Nor – RM20 (Semenanjung Malaysia)/ RM24 (Sabah & Sarawak)

 99 total views,  4 views today

Hernee Nazir

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

View all posts by Hernee Nazir →

4 thoughts on “Rasai Kesedapan Sambal Cheese Korea Che’Nor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!