Drama 7 Hari Mencintaiku 2 mulai 2 Julai 2020 setiap Isnin hingga Jumaat, 7 malam hanya di TV3.
Drama 7 Hari Mencintaiku 2 merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2020 dibintangi oleh Siti Saleha dan Shukri Yahaya. Diadaptasi daripada novel 2018 bertajuk sama karya Siti Rosmizah dan juga merupakan kesinambungan kepada drama 7 Hari Mencintaiku (2016), siri ini akan memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 pada 2 Julai 2020 menggantikan Nasi Kerabu Untuk Che Abe.
Pelakon utama
- Siti Saleha sebagai Mia Adriana
- Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Pelakon pembantu
- Wan Sharmila sebagai Sofi
- Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
- Faye Kusairi sebagai Syakila
- Liza Abdullah sebagai Mak Leha
- Jaja Iliyes sebagai Nadia (Nad)
- Bil Azali sebagai Zaidi
- Kazar Saisi sebagai Pak Samad
- Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain
- Sean Lee sebagai Adam
Pelakon sampingan
- Jasmin Hamid sebagai Puan Hayati
- Shaharuddin Thamby sebagai Dato’ Johari
- Idris Md Diah sebagai Pak Andak
- Anne Abdullah sebagai Mak Andak
- Syaffiq Sahli sebagai Jali
- Razzuan Rosli sebagai Fariz
Pelakon kanak-kanak
- Dhia Irdina sebagai Alisa Ariana
- Puteri Rafasya sebagai Harlina (Kenit)
Tayangan perdana
Drama ini telah dijadualkan untuk tayangan di Slot Akasia TV3 sepanjang bulan Ramadhan bermula 24 April 2020 namun penulis novel asal dan penerbit drama ini, Siti Rosmizah, menyatakan bahawa tarikh tayangan drama ini telah ditunda ke 2 Julai 2020 kerana sesi penggambaran drama terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di seluruh negara akibat pandemik koronavirus 2019–2020.
Siti Rosmizah telah memuat naik montaj drama ini di media sosialnya pada 8 Jun 2020 lantas mengumumkan lagu tema dan tarikh baharu tayangan drama ini yang telah dianjakkan kepada 2 Julai 2020.
SINOPSIS NOVEL 7 HARI MENCINTAIKU 2
Penulis: Siti Rosmizah
Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.
“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.” Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.
“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!” Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.
“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!” Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.
“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.” Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.
“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!” Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.
“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.” Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.
Akhirnya drama 7 Hari Mencintaiku 2 bakal ditayangkan petang ini 2 Julai 2020. Ummi sebenarnya tak perasan pun iklan kat mana-mana sebab sebelum ni Ummi tahu drama ni nak ditayangkan di TV3 dalam bulan April 2020. Memandangkan PKP, diorang postponed.
Memandangkan sekarang tengah menjadi surirumah sepenuh masabuat sementara waktu, Ummi duk la membongkar novel-novel yang Ummi beli Jun 2018 hehehe. Nak mengisi masa lapang sambil melayan hero kecil ni. Ada 3 novel yang terbengkalai antaranya 7 Hari Mencintaiku 2, Andainya Takdir 2 dan Rajuk Rindu. Antara 3 ni, Rajuk Rindu je dah berjaya baca separuh hehehe. Sejak balik dari hospital Ummi mula baca novel 7 Hari Mencintaiku 2. Tup tup tengok kawan share yang drama dah nak mula minggu ni. Wahhh lagi berkobar-kobar Ummi nak tengok. Mana mungkin Ummi terlepas menonton novel karya novelis kegemaran Ummi, Siti Rosmizah.
Sekarang Ummi dah sampai episod 86, fuhh memang mencabarlah untuk musim ke 2 ni. Makin menjadi-jadi konflik keluarga ni. Apa pun korang jangan lupa saksikan sendiri drama 7 Hari Mencintaiku 2 ni ya. Kang Ummi ulas lebih-lebih tak surprise la untuk korang yang belum baca novelnya. Bayangkan Ummi baca novel pun dah tahap menyirap, lagi kalau tengok dramanya fuhhh. Part sedih macam biasalah meleleh air mata Ummi ko yang gembeng ni. Ummi baca novel memang menghayati watak hehehe.
Ok jangan lupa uols petang ni kita dating dengan Khuzairi dan Mia Adriana! Selamat melayan perasaan.
adoi…nak kene cari novel jugak ke novel ni? bole pinjam tak? haha
hehehe boleh je.. akak dah khatam.. hehehe
Belum nengok lagi, nanti nak layan youtube aje laaaa
sila tengok.. best hehehe