Apa Kena Mengena Makcik Kiah & Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat??

Apa Kena Mengena Makcik Kiah & Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat?? | Assalamu’alaikum. Semenjak Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dua hari lepas, nama Makcik Kiah terus menjadi viral di media sosial. Ummi pun turut tergelak bila mendengar ucapan bersahaja PM kesayangan kita. Begitu gigih PM nak menerangkan supaya rakyat faham. Terima kasih PM dan barisan menteri yang begitu prihatin dengan rakyat.

Jadi apa kaitan Makcik Kiah & Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat??

Makcik Kiah hanyalah sebagai contoh untuk memudahkan orang ramai lebih faham mengenai insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Bila korang dengar satu persatu penerangan TSMY, korang faham dengan jelaskan? Maknanya apa info penting yang nak disampaikan tu terus masuk ke minda rakyat. Haaa gitew, walaupun dengan gaya bersahaja. Harap bukan sahaja korang faham tentang insentif untuk rakyat ni, korang juga kena betul-betul faham dan memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dengan arahan “Stay At Home” “Duduk Rumah Diam-diam” sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)/ Movement Control Order (MCO) ni. Ada faham???

Jom baca semula!

Petikan teks ucapan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berlaitan dengan Makcik Kiah.

Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isirumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan. Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat.

Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan bantuan orang bujang sebanyak RM800. Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak berakhir. Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM4200.

Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120.

Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak RM1200. Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600.

Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464. Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM8,664. Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat.

Agak-agak koranglah Mak Cik Kiah, penjual goreng pisang di PPR Desa Tun Razak wujud atau tidak? hehehe. Orang KL silalah check nanti ya. Opppssss bukan sekarang. Nanti bila dah reda wabak COVID-19 ni ya.

Ok stay at home everyone! Stay safe! Duduk rumah diam-diam!

Jom recap!

Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

 133 total views,  1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *