Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Info Sharing

Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada rakyat. Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat.

  • Peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi COVID-19.
  • Tanggungan kos ujian penyaringan yang bernilai sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan.
  • Penangguhan pembayaran premium atau sumbangan untuk tiga bulan bagi pencarum yang sumber pendapatan mereka terjejas akibat wabak ini.
  • Elaun khas RM600 sebulan kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung mulai 1 April 2020.
  • Elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada 4 anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat mulai 1 April 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir.

Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40. Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

Jumlah bayaran yang akan dibuat ialah:

● Pertama: RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.

● Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

● Ketiga: RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

● Keempat: RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.Kerajaan juga tidak lupa menjaga kebajikan semua penjawat awam yang terus setia menjalankan amanah kepada negara. Bagi menghargai sumbangan mereka, Kerajaan akan memberikan bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020. Sumbangan pesara Kerajaan juga tidak dilupakan. Dengan ini, Kerajaan akan menyalurkan bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020.

  • Baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020.
  • Bantuan RM200 seorang kepada pelajar pengajian tinggi.
  • RM25 juta untuk bantuan makanan, penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk rumah perlindungan, pusat bantuan dan gelandangan melalui kerjasama NGO & Usahawan Sosial.
  • Penangguhan bayaran balik pinjaman untuk tempoh yang sama kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020.
  • Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam untuk golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).
  • Pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020.
  • Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR selama 6 bulan.
  • Penangguhan pembayaran bulanan bagi unit-unit sewa untuk milik (RTO) selama 6 bulan.
  • Pengecualian sewaan selama 6 bulan untuk semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain. Ini termasuk semua premis milik agensi dan badan berkanun Kerajaan Persekutuan.
  • Diskaun bil elektrik berperingkat antara 15% hingga 50% selama 6 bulan mulai April 2020.
  • Internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan tamat.
  • Tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.
  • Bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak.
  • Peruntukkan sebanyak RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan.
  • Peruntukkan sebanyak RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.
  • Dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Nelayan Kawasan (PNK).
  • Program Subsidi Upah untuk membantu majikan mengekalkan pekerja. Dalam keadaan yang sukar ini, saya tidak mahu lihat pekerja dibuang kerja dan hilang pendapatan. Menerusi program ini Kerajaan akan menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan.
  • Bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing.
  • Membayar gaji yang ditanggung oleh kontraktor yang terlibat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan walaupun pekerja tidak hadir bekerja.

Terima Kasih PM!

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!