COVID-19 | Malaysia Catat 2 Kes Kematian Pertama

Health

Covid-19 | Malaysia Catat 2 Kes Kematian Pertama – Assalamu’alaikum. This is really heart breaking news. Nak taip semalam tapi tak tertaip. Sedih.. sayu.. Mula-mula Ummi hanya baca, takut nak sebarkan sebab takut fake news. Bila Menteri Kesihatan Malaysia, sendiri yang mengesahkan rasa luluh hati. Ya Allah.. semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita semua. Semoga Allah melindungi kita semua dari wabak COVID-19.

Situasi Terkini Covid-19 di Malaysia 17 Mac 2020

Kes Baharu – 120 kes

95 kes positif COVID-19 adalah berkaitan dengan kluster perhimpubab tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Kes ke 554 sehingga kes ke 673

Jumlah keseluruhan kes: 673 orang

Kes aktif sedang dirawat: 622 orang (12 di ICU)

Pesakit telah sembuh & discaj dari hospital: 49 orang

Jumlah kematian: 2 orang

Dua (2) kematian #COVIDー19 iaitu kes ke-178 dan kes ke-358 dilaporkan di CPRC, 17 Mac.

1. Kes ke-178 lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Beliau bergejala mulai 5 Mac 2020 & dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac 2020 selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini.

2. Kes ke-358 lelaki warga tempatan 60thn mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac 2020 setelah positif COVID19. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini.

Anda semua dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID19.

  • Jarakkan diri anda dengan orang lain.
  • Basuh tangan menggunakan sabun dan air.
  • Ikuti arahan dan saranan seperti yang termaktub dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

Credit info: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!