Outing With Zara Safiyya

Ummi’s precious babies. Abang Ilham & Abang Syamil tu posing acah-acah model hekkkk..

Outing With Zara Safiyya | Assalamu’alaikum. Cerita outing bulan 9 masa cuti sekolah. Kakak Zara datang ke rumah tidur sini. Jadi sebelum dia balik, kita jalan-jalan dengan dia. Tak jalan jauh mana pun hehehe ke AEON Bukit Indah je. Lepas tu mommy dia tunggu kat McDonald’s Bukit Indah nak ambil dia semula.

Abang Ilham dan Abang Syamil macam biasalah nak makan kat Johnny Johnny dia. Zara redho jek lah ya. Lepas makan diorang ikut Ummi cari t-shirt. Ummi upah sorang sehelai t-shirt. T-shirt murah-murah je hehehe.

Kakak Zara nak bergambar dengan Adik Syahid.

Haaa siap dapat upah buku sorang satu. Memang ni salah satu tujuan utama. Memang pergi mana-mana pun buku/ komik la diorang rengekkan. Mudah-mudahan jadi ulat buku sampai tua.

Sebelum keluar dari AEON Bukit Indah dan sebelum berpisah dengan Kakak Zara.. meh kita wefie satu kali sementara tunggu Babah belek cermin mata kat kedai depan tu. Abang, Kakak, Ummi sibuk wefie.. adik kat belakang meraung hahaha. Sorry Syahid.

Lepas Zara balik, kami ronda-ronda area Stulang Laut. Kekonon nak ambil angin. tapi abang dua ketul tu tak nak turun. Sorang syok tidur, sorang syok baca komik dalam masa yang sama request nak lepak kat Puteri Harbour. Syahid je sudi layan Ummi dan Babah.

Syahid dan Babah.. pipi merah lagi masa ni. Sekarang alhamdulillah dah tak pakai blusher hehehe. Lepas menghirup udara tak berapa segar ni kami pun teruslah balik ke rumah. The end of outing with Zara Safiyya.

 377 total views,  1 views today

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!