Spicy Korean Fried Chicken Menggunakan Sos Korea Adabi (Pedas)

Spicy Korean Fried Chicken Menggunakan Sos Korea Adabi (Pedas) |Assalamu’alaikum. Ini Spicy Korean Fried Chicken menggunakan Sos Korea Adabi Pedas versi Ummi Ilhams. Dah lama nak cuba buat homemade korean fried chicken ni tapi tak ada daya upaya hahaha. Bila nampak Adabi ada keluar sos terbaru iaitu Sos Korea membuatkan semangat membara nak cuba. Semalam barulah Ummi berkesempatan membeli sos ni.

Sos Korea (Pedas) jenama Adabi. Sebotol RM8.50 di Mydin. Sedap tau sos ni. Sebelum buat Spicy Korean Fried Chicken tu, Ummi dah try cicah BBQ Chicken yang Ummi buat untuk makan tengahari. Ehhh ngelupur kejap kepedasan hahaha. Pedas berapi boleh tahan tapi level boleh makan la. Recommmended untuk korang yang suka pedas.

Malam pulak Ummi dah inform hero-hero sesiap yang Ummi nak masak Spicy Korean Fried Chicken. Kalau diorang tak nak makan, still ada ayam goreng tepung bestari biasa dan asam pedas ikan.

Inilah hasil kejadian Spicy Korean Fried Chicken versi Ummi Ilhams. Buat dah nak petang sangat, jadi cahaya Illahi dah tak ada, yang ada hanya cahaya lampu haha.

Syahid Ummi dah pass kat Babah, mula-mula elok je dia teman kat dapur. Sekali nampak dah banyak sangat tempat dia explore baiklah dia duduk dediam kat atas. Maka sempatlah Ummi rekod secoet-secoet video step by step Ummi masak haha. Video edit by makcik kampung je wak. Ok jom tengok resepi nak membuat Spicy Korean Fried Chicken menggunakan Sos Korea Adabi.

Bahan-bahan:

Ayam (sepatutnya guna drummet..tapi tak ada drummet kat rumah hahaha)
Tepung Serbaguna Bestari
Tepung Jagung
Sos Korea Adabi Pedas
Bijan

Cara-caranya:

– Potong ayam saiz kecil (kalau korang tak guna drummet).
– Perap seketika menggunakan tepung bestari.
– Gaulkan tepung bestari di dalam pinggan bersama sesudu tepung jagung. Senangkan pakai tepung bestari je dah konfem-konfem sedap. Kalau ikut pada botol guna tepung biasa je.
-Panaskan minyak, golekkan ayam pada tepung bestari tadi dan goreng sehingga masak dan kuning keemasan.
– Dalam kuali lain, panaskan sos korea adabi dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
– Gaulkan sehingga sos menyaluti ayam goreng.. angkat dan taburkan bijan. Sedia untuk dimakan.. selamat mencuba!

Untuk penggemar Spicy Korean Fried Chicken memang senang sangat la korang nak buat hari-hari sendiri pun boleh hehe. Tapi tahan je la perut tu dengan kepedasannya kan. Overall, Spicy Korean Fried Chicken menggunakan Sos Korea Adabi ni memang sedap. Tak rugi beli haha. Lagi la ayam tu digoreng dengan tepung bestari kan, rangup je tepungnya. Kalau tahap paling malas pun korang boleh je goreng drummet Ayamas then salut dengan Sos Korea Adabi ni hehehe.

Ilham makan sikit je dah surrender kepedasan selalu dia kemain hero lagi bab-bab pedas ni. Syamil makan isi ayam je lepas eksennnnn dengan abang dia yang dia tahan pedas ekekeke. Kulit Ummi yang bedal. Lepas tu Ummi yang sotset sotset basuh pinggan sambil menahan pedas haha. Babah nampak steady je memang hantu pedas. Korang cubalah sendiri nanti ya. Ummi dah merana pagi ni sakit perut hahaha. Siapa suruh makan tak ingat dunia padankan muka. Tapi sos tu sedapppppppppppppp.. :p

 11,645 total views,  28 views today

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!