Port Baru Kaki Jamming di Double Seven Jamming Studio Kempas Baru

Port Baru Kaki Jamming di Double Seven Jamming Studio Kempas Baru

Korang minat jamming bersama kawan-kawan? Nahhh.. Ummi nak share berita baik untuk kaki-kaki jamming.. ada “new jamming studio in JB town” kat mana tu? Semestinya di DOUBLE SEVEN JAMMING STUDIO di Kempas Baru.

Ceritanya THE ILHAM BUSKERS dah rasmi dulu ok. Macam beriyakan diorang tiga beranak ni. Babah as guitarist, Ilham Syahmi as drummer dan vokalist pemalu kami Ilham Syamil hahaha. Ummi jadi PA The Ilham Buskers je la kekadang back up singer kahkahkah. Ilham Syahid tunggu kita cungkil bakat dia nanti.

Vokalist muka takde perasaan ek hahaha..

JAMMING STUDIO TERBARU DI JOHOR BAHRU – DOUBLE SEVEN JAMMING STUDIO

Psttttt.. nak tahu tak first impression Ummi bila sampai di Double Seven Jamming Studio.. maybe biasa-biasa je studio ni.. Tengok dari luar hanya sebuah kontena 20 kaki je.. Nahhhh.. don’t judge a studio by it’s container ok.. hahaha.. dalam cun gila.. serious macam tak percaya je.. nampak very exclusive ok.. kalau korang tak percaya apa Ummi explain silalah ke sana atau tengok sendiri gambar-gambar kat bawah ni ya.. hehe.. environment letak nombor 2.. yang penting instrument high quality tau! Must try!

Perkhidmatan yang disediakan:

Studio Jamming
Majlis Rasmi (Makan malam, perkahwinan, hari jadi etc.)
Karaoke
Back Line Stage
Sewa Peralatan Muzik
Live Band/ Busking
PA System

APA YANG BEST DI DOUBLE SEVEN JAMMING STUDIO?

Instrument yang baru dan berkualiti tinggi

Ruang studio yang selesa

Berhawa dingin

Jangan lepaskan peluang ni tau! Harga serendah

RM25/ jam
RM40/ 2 jam

Korang boleh dapatkan kad di atas untuk mendapat ganjaran bonus dari Double Seven Jamming Studio mengikut terma dan syarat yang dikenakan.

Ganjaran Bonus 1 jam PERCUMA!

Syarat-syaratnya:

1. PERCUMA 1 jam (studio sahaja) selepas penuh kotak di atas.
2. Hanya sah dalam tempoh 30 hari dari tarikh kotak pertama.
3. Kad ini perlu dipulangkan semasa menebus gamjaran percuma.
4. Tempoh minima sewa syudio adalah 1 jam.

Jangan lupa bawa geng-geng korang terjah Double Seven Jamming Studio ok!

DOUBLE SEVEN JAMMING STUDIO

Lot 1806, Jln Permatang Utama, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor.

Untuk pertanyaan atau tempahan

www.wasap.my/60127313623

37 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

One thought on “Port Baru Kaki Jamming di Double Seven Jamming Studio Kempas Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!