Program Jom Hijau MBIP 2019

Info Sharing

JOM MENANGI HADIAH UTAMA RM 3000

PROGRAM JOM HIJAU MBIP 2019

Perhatian kepada seluruh warga Iskandar Puteri! MBIP menjemput seluruh warga Iskandar Puteri bagi menyertai program jom hijau 2019 secara PERCUMA.

Program ini adalah satu program pertandingan kecerian landskap di seluruh kawasan MBIP. Pelbagai kategori dipertandingkan antaranya :

– Rumah persendirian
– Sektor Kerajaan
– Sektor Swasta
– Industri/perniagaan
– Sekolah
– Rumah agama / Ibadat
– Perbadanan Pengurusan (MC) & JKP

Kriteria Pertandingan:

– 25% Rekabentuk
– 20% Pemeliharaan
– 20% Selenggara
– 20% Idea & Inisiatif
– 10% Kreativiti
– 5% Matlamat

Penyertaan boleh dilakukan dengan dua cara:

1.Daftar melalui pautan dibawah :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeiuHHkLFg4msDmADBQrCGsQhVp9XvAaCKZ9YR4d6V6oMkejA/viewform?vc=0&c=0&w=1

2.Daftar secara manual boleh dapatkan borang penyertaan di jabatan landskap tingkat 7, bangunan MBIP dan Pejabat Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini.

PENDAFTARAN DIBUKA BERMULA 30 SEPTEMBER 2019 SEHINGGA 27 OKTOBER 2019

Agak-agak kebun secocet Ummi ni boleh masuk kategori Rumah Persendirian tak? hahaha. Bila Ummi beritahu Babah nak join, Babah tengok je muka Ummi. Mungkin dalam hati beliau berkata “Konfiden betul bini aku ni ek nak join kebun hidup segan mati tak mahu dia tu” hahaha. Kot la rajin membuak-buak boleh juga join. Buat-buat ada je hehe. Wish me luck!

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!