Boboiboy Movie 2 Time

BFF The Ilhams

Boboiboy Movie 2 Time | Assalamu’alaikum. Cerita semalam. Puaslah hati The Ilhams dapat tengok Boboiboy Movie 2 bersama-sama Aqil Farish dan Ariq Fayyadh. Thanks Mommy Ngah dan Ibu Aien tolong layan bebudak ni ya, siap pakej makan steamboat Johnny’s.

Dah macam kembar empat orang dah tu.

Memasing dengan pop corn ek.

Mommy Ngah kata budak depan sekali tu behave sangat. Si Abang tu, dah buat kes conteng tangan dan seluar dengan marker hijau. Ehhh hijau muka Ummi rasa.

Both The Ilhams kata best tengok Boboiboy Movie 2. Nak suruh cerita lebih-lebih dua oang ni tak nak layan Ummi hahaha. Tanya Mommy Ngah pun kata best. Tapi Mommy kata ada budak sorang tu bebelkan Mommy hahaha. Dia kata “Mommy ni.. tengok Upin Ipin Keris Siamang Tunggal tidur.. tengok Boboiboy tidur.. asyik tidur.. tidur.. tidur je kerja dia” Hahahaha. Pasrah la Mommy kena bebel.

Syamil tunjuk Ummi dia dapat key chain Boboiboy. Kata Mommy ni dapat masa beli pop corn. Comel.

Dah la dapat tengok movie free, Mommy Ngah belanja diorang t-shirt Hot Wheel sorang sehelai. Siap pakej dapat hot wheel car sorang satu. Thanks Mommy Ngah.

Oklah. Jom baca serba sedikit mengenai Boboiboy Movie 2. Kat rumah hari-hari Ummi dengar ada budak nyanyi lagu Fire & Water.

BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem animasi komedi adiwira Malaysia 2019 yang diarahkan oleh Nizam Razak. Filem ini menceritakan aksi BoBoiBoy dan rakan pasukannya yang perlu menentang makhluk jahat yang bernama Retak’ka yang mahu merampas kuasa elemental BoBoiBoy.

SINOPSIS BOBOIBOY MOVIE 2

Ini merupakan filem kedua yang diterbitkan oleh Animonsta Studios selepas BoBoiBoy: The Movie (2016). Ia merupakan kesinambungan tersendiri kepada musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Filem ini ditulis oleh Nizam Razak dan Anas Abdul Aziz, dan merupakan filem pertama yang menggunakan latar belakang dan watak dari BoBoiBoy Galaxy.[2]

Filem ini ditayangkan secara serentak di 4 buah negara mulai 8 Ogos 2019 termasuk MalaysiaIndonesiaSingapura dan BruneiVietnam juga akan ditayangkan pada 30 Ogos dengan versi alih suara bahasa Vietnam.

LATAR BELAKANG

BoBoiBoy dan kawan-kawan Yaya, Ying, Gopal dan Fang ialah remaja berusia 14 tahun yang semuanya mempunyai kuasa unik yang berbeza. BoBoiBoy memperoleh tujuh kuasa elemental: tanah, petir, angin, api, air, daun dan cahaya. Power Sphera pula ialah robot yang juga berkuasa dan pelindung galaksi. Mereka kini mengembara galaksi dalam kapal angkasa untuk menyelamatkan Power-power Sphera yang dikawal oleh pihak jahat.

SINOPSIS

Dalam filem ini, BoBoiBoy dan kawan-kawan sedang diburu oleh seorang makhluk purba, Retak’ka yang ingin merampas Kuasa Elemental BoBoiBoy. Retak’ka ialah pengguna asal Kuasa Elemental yang sekarang miliki BoBoiBoy. Untuk menjadi makhluk yang paling kuat dan menguasai galaksi, dia berniat mengambih alih kuasa itu. BoBoiBoy dan kawan-kawan kini perlu berlawan untuk menewaskan Retak’ka sebelum kuasa itu jatuh ke tangan yang salah.

PELAKON SUARA

  • Nur Fathiah Diaz sebagai BoBoiBoy
  • Fadzli Mohd Rawi sebagai Retak’ka
  • Muhammad Abdurrahman Solahuddin sebagai Ochobot
  • Nur Sarah Alisya sebagai Yaya
  • Yap Ee Jean sebagai Ying
  • Dzubir Mohammed Zakaria sebagai Gopal
  • Wong Wai Kay sebagai Fang
  • Anas Abdul Aziz sebagai Cici Ko, Adu Du, Probe, dan Tok Aba
  • Nizam Razak sebagai Papa Zola
  • Nur Iman Andaliz sebagai Tarung

MUZIK

Rencana utama: Fire & Water

Lagu rasmi filem ini dicipta dan dinyanyikan oleh Faizal Tahir setelah beliau telah ditawarkan untuk menyanyikan lagu tersebut daripada Animonsta Studios. Beliau menggambarkan peluang menyanyikan lagu tema filem ini sebagai platform mendekati peminat muda.[6] Video lirik rasminya telah dikeluarkan pada 27 Jun 2019,[7] dan video muzik secara rasminya telah dikeluarkan di YouTube pada 26 Julai 2019. Lagu ini dikeluarkan di iTunes pada 2 Ogos 2019, beserta semua lagu dalam albumnya yang terkini dan terakhir, Rojak.

Credit info: https://ms.wikipedia.org/wiki/BoBoiBoy_Movie_2

LIRIK LAGU FIRE & WATER – FAIZAL TAHIR
(Lagu Tema Boboiboy Movie 2)

Ada masa ku mahu jadi biasa
Ada masa ku mahu luar biasa
Mahu ku jadi juara
Mahu ku berjaya
Kata orang hidup biar berjasa
Dunia ini hanya sementara
Berani hadapi semua
Harus kau percaya
u cuba dan cuba ku, tak putus asa
Terus ikut cahaya
Ku cuba dan cuba ku, tak putus asa
Pasti sampai ke sana
I’m Fire and I’m Water
Kau memberi ku kuasa
I’m Earth and I’m Nature
Kau membuat ku rasa
Oooh oh oh
Oh oh oh oh oh
Boy oh boy oh boy oh boy
Jangan mudah mengalah (oh!)
Gagal bukan alasan putus asa
Menang bukan untuk mendabik dada
Saat ku hilang arah
Kaulah adiwira
Ku cuba dan cuba ku, tak putus asa
Terus ikut cahaya
Ku cuba dan cuba ku, tak putus asa
Pasti sampai ke sana
I’m Fire and I’m Water
Kau memberi ku kuasa
I’m Earth and I’m Nature
Kau membuat ku rasa
Oooh oh oh
Oh oh…

Loading

Related Posts

One thought on “Boboiboy Movie 2 Time

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!