Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion Memahami Keperluan Kulit Anda

Products Review

Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion Memahami Keperluan Kulit Anda | Assalamu’alaikum. Dari zaman sekolah dan universiti Ummi memang suka pakai produk Safi ni tau. Antara produk yang bertahan lama di pasaran.. evergreen gitu kan. Produk Safi ni dah terbukti keberkesanannya jadi nak guna pun tak ragu-ragu lagi dah. Ye lah, bila bercerita tentang penjagaan kulit muka haruslah diambil serious tak boleh ambil mudah. Nanti tersilap guna skincare jahanam kulit muka awak.

wordswag_1561380161313

Terbaru Ummi mencuba Safi Balqis Oxywhite – Hydrating Lotion. Almaklumlah, umur semakin meningkat kulit pun semakin banyak kesan pigmentasi. Moh ler kita usaha jaga kulit muka. Lagi best sebab ianya cepat meresap ke kulit dan tak rasa melekit. Nah baca info tentang produk best ni.

wordswag_1561381174528

SAFI BALQIS OXYWHITE – HYDRATING LOTION (100ML)

Gabungan formulasi penyegar & pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum.

Safi Balqis OxyWhite Losyen Pencerah Menghidrat bertindak:


❤️ Memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan.
❤️ Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid
✔️ Macro Hyaluronic Acid
✔️ Nano Hyaluronic Acid
✔️ Bio-Hyaluronate
✔️ Oligo-Hyaluronic Acid
✔️ Super Nano Hyaluronic Acid
✔️ Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
✔️ Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE
Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

 

wordswag_1561380029984

Ummi test kat tangan dulu sebelum guna, dan ternyata memang tak melekit. Fungsi 2 dalam 1 iaitu menyegarkan dan melembapkan kulit. I loikkkeeeeee!

Cara menggunakan Safi Balqis Oxywhite – Hydrating Lotion adalah sangat mudah. Hanya tuangkan setitis dua di telapak tangan dan sapukan keseluruh muka. Dapkan secara lembut dengan jari bagi memudahkan ianya meresap secara sekata dan tidak merasa melekit di kulit muka. Boleh digunakan siang dan malam.

Korang yang nak mencuba boleh dapatkan produk Safi Balqis Oxywhite – Hydrating Lotion ni di super market, hyper market, farmasi, Watson, Guardian dan sebagainya. Guarantee ada punya. Sebotol 100ml dengan harga mampu milik hanya RM23.50 sahaja.

Untuk info lanjut, boleh layari website Safi Malaysia:

https://safi.com.my

Loading

Related Posts

One thought on “Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion Memahami Keperluan Kulit Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!