Ramadhan 2019 – Day 27 |Assalamu’alaikum. Masih cerita Ramadhan berselang seli la ya. Who cares! hahaha. Hari tu Babah belanja barang dapur di Mydin. Sempat juga dia beli 3 keping lamb nak suruh Ummi grill. Maka bersegeralah Ummi marinate pagi tu untuk pastikan rempahnya meresap pada daging. Rempahnya Ummi guna yang Ummi beli dari Mommy Ngah. Memang sedap dan cukup rasa.
Ini hasilnya.. Grilled Lamb.
Ummi kawankan dia dengan Homemade Coleslaw.
Oleh kerana Babah nak habiskan kupon dia pergi borong sup gearbox hahaha. Mengembek uiii menu semua kambing hahaha.
Ini pula 3 ketul kari ayam yang Ummi masak untuk Abang Syamil. Dia komplen tak ada lauk untuk dia. Jadi Ummi gigihlah campak-campak rempah rencah masak kari. Alhamdulillah rezeki 27 Ramadhan.
Hehehehe menanti dengan debar kisah syawal pulak ni hehehehe
selang seli uii..ada yg dah keluar..
https://herneenazir.com/2019/06/10/salam-aidilfitri-1140h-2019m/
https://herneenazir.com/2019/06/12/menu-raya-2019/