Assalamu’alaikum..
Menu Ramadhan hari ke 10. Alhamdulillah masih belum ponteng memasak walau lauk kami tak gempak hehehe. Menu hari ni masih lagi dimasak dalam masa satu jam. Pukul 6 sampai rumah lalu keluarlah segala macam jurus silat di dapur haha.

Ayam Ungkep
Oleh kerana cancel masak hari sebelum tu, jadi Ummi masak la semalam. Tapi ada budak tak layan Ayam Ungkep. Cehhhhhhhh.

Kacang Panjang Masak Lemak Bersama Udang
Lauk utama kering tak berkuah, jadi Ummi gigih la memikirkan menu tambahan. Kita habiskan stok udang dan kacang panjang maka terhasillah masak lemak. Makin berlemak Ummi kau hahaha.

Ulam Timun
Selain timun jepun, timun kontot-kontot ni pun favourite Ummi. Rangup jek rasa kalau gigit. Alhamdulillah rezeki semalam. Babah ada beli nasi beriani di cafe PTP dan dessert. Ummi jamah sikit je hehehe.
Oklah, hari ni dapur Ummi bercuti di hari ke 11. Kita tumpang masak di dapur Seoul Garden. Yummmeeehhhhhhh.
errr….lapo pulak nengok masak lemak udang dengan kacang panjang tu…hahahahha