Dari Dapur Hernee Nazir Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan 2019 – Day 7

Assalamu’alaikum..

Terkedek-kedek awak.. Ummi mengupdate menu ramadhan hahaha. Maklumlah orang beranak kecil nak buka pc, pegang handphone tunggu baby tidur. Kang baby dah tidur Ummi dia pun ikut tertidur hahaha.

Oka menu 7 Ramadhan.. simple sesangat.

Ikan Pari Bakar

Mula-mula Ummi ingat nak masak asam pedas ikan pari, sekali Babah kata nak bakar. Layankan je. Syurga ok syurga.. hehehe.

Sup sayur (petola, tomato, cauliflower, cendawan enok, daung saderi dan daun bawang)

Mee Hoon Soto pemberian Mama Cu.

Bombolini Ummi beli dari by nanie’s kitchen.

Cendol Santan Gula Melaka air tangan Ummi Ilhams. Masuk jug terus. Tak dan lah Ummi nak plating dalam mangkuk cecomel nak uiii. Nanti Ummi share resepi. Cehhh konon macam handal sangat kat dapur.

Alhamdulillah rezeki hari ke 7. Ok till then, babai!

89 total views, 2 views today

2 thoughts on “Ramadhan 2019 – Day 7”

  1. wahh.. sedapnya ummi.. seronok tengok ummi sempat masak untuk berbuka.. ibu dilah tapau jer.. tu pun ayah wan yg pegi tapau sorg.. sampai rumah pun dah nak magrib ummi.. sedih.. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *