Resipi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Resipi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Resipi Daging Salai Masak Lemak Cili Api | Assalamu’alaikum. Ummi nak kongsi Daging Salai Masak Lemak Cili Api yag pernah Ummi masak tempohari. Dah lama ceritanya hehehe. Tapi Ummi lupa je nak post di blog. Daging Salai ni Nenek yang bagi lupa pula dari mana.

Jom tengok resepi ringkas daging salai masak lemak cili api.

Resipi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Resipi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Bahan bahan:

Daging salai 
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit
2 kotak santan kotak
1 batang serai – dititik
Garam

Bahan tumbuk:

2 inci kunyit hidup
6 tangkai cili padi (nak lebih pedas silalah tambah lagi ikut suka)

Cara cara:

Basuh daging salai bagi membuang kesan arang dan habuk semasa proses menyalai. Masukkan dalam periuk bersama air. Rebus sehingga daging empuk. 

Masukkan bahan tumbuk dan rebus bersama daging supaya bahan tumbuk mesra bersama daging. Jangan lupa masukkan daun kunyit dan serai.

Masukkan santan. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan asam keping dan garam.

Ok siap! Makan dengan nasi panas. Terangkat uolls. Nanti nak beli daging salai lagi. Kot lah rajin meh la menyalai sendiri. Ecehhh beriya.

Oklah selamat mencuba!

Baca juga: Masak Lemak Cili Api Sedap di Lomaq Foodies Taman Denai Nusantara Gelang Patah

Boleh cuba juga: Resepi Asam Pedas Daging

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

  1. Juju

    Mana dapat stok daging salai tu ummi.. Aduh menjejes ailio

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *