Welcome Back To PTP Ummi Ilhams!

Assalamualaikum..

Hari Selasa 7 Mei 2019 adalah hari pertama Ummi mula menjalankan tugas setelah cuti bersalin selama 60 hari. Blur kejap hahaha. Jumaat lepas Ilham Syahid officially berusia 2 bulan. Alhamdulillah. Rutin harian berubah dengan cabaran yang tentunya berbeza dari abang-abangnya.

Sebelum ke office, Ummi Babah hantar dua orang hero ke rumah Opah. Alhamdulillah sebelum betul-betul hantar ke rumah Opah Ummi dah test beberapa hari untuk “sesi orientasi” bersama Opah hehehe. Dah pesan sesiap kat abang-abang supaya tolong Opah jaga baby.

Dua bulan orang sebelah tu tak ada co-pilot pergi kerja hehe. Akhirnya co-pilot muncul di hari kedua puasa.

Abaikan eye bag Ummi tu, macam biasa pepahamlah orang beranak kecil masa tidur dah tungggang terbalik. Memang mood kelaut nak ke office haha.

Sampai ke tingkat 6, marilah kita tarik nafas baca doa dan masuk ke office.

Uncle Wan kena kerah snapkan gambar Ummi. Dah berzaman uii Ummi tak pakai baju kurung. Saja la pakai masa first day naik kerja. Patutnya baju ni pakai masa majlis undur menantu Acu Nuar. Tapi masa tu mak buyong lagi mana muat hahaha. Sekarang pun acah-acah muat je tu tak sedar diri beli saiz M hahaha. Jangan la perli kata Ummi kurus sangat, yang benornya dah stuck 60kg tak turun-turun ni dari 73kg masa pregnant. Harap boleh turun lagi sikit la lepas puasa, sebab hebatnya kamuuuu.. yakinnya kamuuuu terbeli jubah raya A Cut saiz S 🤣🤣🤣🤣

Rindu workstation Ummi ni. Sampai-sampai tengok bersepai meja berhabuk. Kemaslah dulu apa yang patut barulah check email bagai. Itu pun PC macam lembab sebiji macam tuan dia yang tengah blur. Sepanjang puasa PTP bagi balik awal, masuk 8am balik 4.30pm tapi Ummi depends pada Babah, dua hari ni ada juga terlepas sampai pukul 6pm sampai rumah. Bersilat uii kat dapur.

Oklah, stop dulu. Esok last day kerja. Sebenarnya hari ini Ummi cuti hehehe. Bukan cuti suka-suka tau. Cuti bawa Syahid ke HSA untuk 3rd appointment. Alhamdulillah ada berita gembira untuk Syahid. Mohon doakan urusan anak istimewa Ummi dipermudahkan ya. Till then, jumpa lagi next entry. Babai!

135 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *