Menghiburkan Hati.. Mengenyangkan Perut di Seoul Garden

Family's Activity

Assalamualaikum..

Cerita lama.. masa ni usia kandungan Ummi baru 21 weeks. Kira-kira 14 minggu lepas. Balik dari check up SCOG di HSA, terus ajak Babah menghiburkan hati yang gundah gulana ke sini. Baru lepas dengar berita yang agak menyedihkan dari doktor. Makanlah dulu biar buat-buat hati girang.

Seoul Garden je mampu menghilangkan kesedihan hahaha. Over!

Nampak kimchi.. sos tu sungguh melaparkan di saat ini. Ilaham dah bagi hint tu, bila nak makan bakar-bakar lagi hahaha. Ummi punya tekak berjoget dengar, tapi bila memikirkan nak ke sana tu penat pulak hahaha.

Haahhh leburlah apa yang patut.

Muncung Abang Ilham tu, sebab kena tegur apa entah dengan Babah hahaha. Budak lagi sorang tu masa tu baru lepas gunting rambut. Nampak bulat pipi hehe.

Tak boleh nak tayang semua muka. Sebab hidung daha merah macam hidung badut. Menangis punya pasal. Tapi kerana tekak Ummi abaikan hidung badut itu hahaha.

Kebetulan masa tu Seoul Garden 35th Anniversary Celebration. Ummi terajin menjawab survey. Dapatlah voucher RM10 ni sebagai habuan.

Masuk kereta je dua-dua terbongkang. Sorang tu dengan kasut hitam idaman haha. Masa tu excited nak jadi pengawas hahaha. Ummi sempat grab perfume favourite kat The Body Shop. Dalam pada hati sedih tu sempat lagi la bagi mood diri sendiri happy. Okbai!

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!