Jom Ke Booth KSPSIJB di Program Santuni Rakyat Negeri Johor 2019 (26 Jan ’19)

Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru

Assalamualaikum/Salam Sejahtera..
Insyaallah Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu JB akan membuka booth di PROGRAM SANTUNI RAKYAT NEGERI JOHOR 2019 anjuran LPPKN Johor pada hari esok, Sabtu, 26 Januari 2019 di Angsana Johor Bahru Mall, Johor.

Program akan berlangsung dari jam 9.00 pagi – 9.00 malam. Terdapat sekitar 40 booth peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, NGO serta pelbagai program menarik yang diatur di pentas utama sepanjang program ini. Program ini akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diiringi oleh Menteri Besar Negeri Johor, YAB Datuk Osman Sapian yang dijadualkan pada jam 11.00pagi.

Ayuh, semua, temui kami di booth No. 4 (berhadapan Habib Jewels). Boleh mendaftar keahlian kelab bagi tahun 2019 dan dapatkan kaunseling penyusuan susu ibu secara percuma di booth kami ya. Jumpa esok ok!!! Jom serbu ramai-ramai!!

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!