Motivasi | 16/365 by Dr. Anwar Fazal

Motivasi

16/365

Seringkali bila kita ceritakan misi & cita-cita hidup akita, dalam 10, hanya 1 atau 2 yang akan benar-benar mendengar dan tidak memperlekehkan kita. Yang lain rata-ratanya akan kata ianya pasti tidak kesampaian, mustahil dan menyuruh kita berpijak di bumi yang nyata dan bangun dari mimpi segera.

Ya, itulah hakikatnya.

Kita dikelilingi dengan aura negatif yang berleluasa. Maka oleh kerana itu kawanku, dengar kataku, jika kalian punya cita-cita, biar bermati-matian usaha. Senyapkan mereka dengan kejayaan atas niat memberi kesedaran yang dalam tiap setiap sesuatu yang kita lakukan, jika niat Lillahita’ala, kena caranya bersulam doa & restu ibu bapa, insha Allah, kejayaan pasti dalam genggaman kita. Jauhkan hasad dengki dan jika lihat ada orang laian berjaya, berbanggalah untuk mereka., bukan diburuk-burukkan dan dicela. Rezeki Tuha itu maha luas, kawan. Yakinlah, kita cari DIA, insha Allah kita akan jumpa semua.

Credit: Dr. Anwar Fazal

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!