Welcome 2019.. Goodbye 2018!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. celik mata dah masuk ke tahun 2019.. syukur masih diberi peluang bernafas..

2018 dah berlalu pergi.. jadikan pengalaman lepas sebagai titik tolak kejayaan 2019.. pahit maung masam masin manis simpan kemas-kemas dalam diari kehidupan.. yang elok boleh dijadikan tauladan yang kurang elok buang jauh-jauh.. setiap tahun ada pengalaman dan pengajaran yang berbeza-beza.. 

2019 harapnya lebih sukses dalam kehidupan.. kerjaya dan juga bisnes.. kena banyak lakukan perubahan kalau nak berjaya dunia akhirat.. mudah-mudahan istiqomah.. 

Ummi doakan kita semua diberikan kesihatan yang baik.. dikurniakan rezeki yang halal dan berkat.. semoga tahun baru ini kita didekati dengan lebih ramai lagi orang-orang yang beraura positif.. dalam pada kita mensyukuri nikmat hidup yang ada jangan lupakan mereka yang tiada apa-apa..

Tahun ni juga Abang Ilham dah melangkah ke Tahun 2.. semoga Allah permudahkan segala urusan Abang Ilham dalam menuntut ilmu.. semoga mendapat ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk panduan di dunia dan akhirat.. untuk Abang Syamil, kita postponed sekolah tahun depan ya.. sementara tu doakan Ummi diberi kekuatan untuk mengajar Abang Syamil di rumah seperti biasa..

2019 juga bakal memberikan kami sekeluarga satu pengalaman berharga yang baru insha Allah.. seorang lagi khalifah Allah bakal lahir.. insha Allah ada hikmah, nikmat dan rahmat yang bakal Allah selitkan dari si kecil ini.. semoga Allah permudahkan segala urusan kami.. semoga Ilham Edisi Istimewa 2019 menjadi insan yang berguna untuk agama di dunia dan akhirat.. Aamiin..

Last but not least, terima kasih untuk semua pembaca blog herneenazirdotcom yang membaca secara sengaja atau tak sengaja.. terima kasih kerana menjadi penyumbang kepada 2,056,390 page views untuk 2018 dan penyumbang kepada 11,936,103 page views sepanjang Ummi berhijrah dari platform blogspot ke wordpress (2011-2018). Tanpa kalian blog makcik kampung ni tak berpengunjung. TQ so much!

MAY ALLAH BLESS US ALL!!

Jom support!!!

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

9 Comments

  1. Insyallah..Moga baik-baik je untuk tahun 2019.Semoga umi ilham terus sukses,diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas

  2. terima kasih kerana kak hernee, ain bersama-sama dengan JDT Blogger. semoga kita bersama-sama terus melangkah kehadapan..

    • Hernee Nazir

      hehehe sama2 ain..asbab nak tambah kawan n mengeratkan ukhuwah.. kalau tak kenal konfem tak tau hashtag #ainkunyahtelan kahkahkah

  3. hebat kak hernee. jadi inspirasi buat kami. Selamat menyambut tahun baru. semoga urusan akk dipermudahkan.

    • Hernee Nazir

      alahaiii takde hebatnya ena.. ena pun boleh..

    • Hernee Nazir

      thank you so much mak inche.. happy new year to you too..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *