Our 10th Wedding Anniversary – 181018

Wedding Diaries
Gambar diambil pada 10 Oktober 2018.. tapi entry delay hahahaha..

HAPPY 10TH WEDDING ANNIVERSARY BABAH!

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah 10 tahun dah hidup bersama dan dikurniakan hero-hero penenang mata penyejuk hati. Terima kasih kerana sanggup melalui 10 tahun yang penuh dugaan. Semoga anak-anak syurga kita menanti Ummi Babah di sana.

Terima kasih menerima isteri yang serba kekurangan ni seadanya walaupun kadang-kadang ada masa “babah ko hijau” melayan kerenah Ummi kahkahkah. Kejap merajuk, muncung sejengkal jejak Singapore kadang-kadang boleh sangkut hanger, kejap gurau gelak sakan, itulah asam garam hidup berumahtangga.

Cantik pulak date anniversary tahun ni.. 181018. Sebenarnya Ummi dah plan nak buat special celebration sempena 10 tahun. Tapi apakan daya Ummi kurang upaya buat masa ni hehehe. Kita makan sedap-sedap je la anak beranak hehe. Tunggu hadiah special edition nanti Ummi bagi ya.

Sebelum keluar makan anak beranak, budak berdua ni kantoi dengan Ummi duk sibuk membelek album. Setiap kali anniversary Ummi macam ni lah keadaan diorang. Belek gambar sambil tanya mana diorang masa ni haha. Kali ni puji Ummi Babah melambung-lambung.. cantiknya Ummi.. handsomenya Babah. Ye la, sebab Ummi Babah dah setuju nak ikut lokasi makan pilhan dia hahaha. Ikut tekak Ummi nak ajak ke Seoul Garden, tapi dia request nak Restoran Johnny’s. Layankan je janji sedap hehe.

Lepas maghrib kami berdezup ke AEON Mall Bukit Indah. Itu entah nak buat jari gaya apa pun Ummi tak pasti. Yang pasti muka bahagia sangat dapat apa dia nak hehehe.

Kalau sorang dengan Babah, sorang lagi haruslah berkepit dengan Ummi. Muka ngendeng nak main handphone Ummi.

Alhamdulillah kalau makan steamboat Johnny’s ni memang jarang tak licin la pinggan The Ilhams ni hehehe. Thanks Babah belanja kami makan. Semoga Allah kurniakan Babah rezeki yang halal dan melimpah ruah.

Bila Ummi dengar lagu Ragaman, Faizal Tahir ni rasa nak gelak pun ada. Tapi memang ya pun hakikat perangai isteri-isteri ni kekadang kan. Ummi lah tu terasa sendiri hehehe. Semoga Babah terus tabah melayan kerenah anak-anak dan isteri ya. Semoga ikatan perkahwinan ni kekal hingga ke syurga. Ummi sayang semua!

Loading

Related Posts

3 thoughts on “Our 10th Wedding Anniversary – 181018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!