Ummi & Tudung Putih

Anything About Me

Hari ni Ummi bertudung putih berkabung sempena pemakaman jenazah Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah, bonda Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Ilham punya songkok dah upgrade kain putih Opah beri, Ummi sematkankan jarum peniti. Muka Ummi terpaksa diblurkan supaya korang tak kemurungan.

Jarang Ummi bertudung putih. Dulu masa study ada kot stok tudung putih. Sebenarnya dah beriya iron tudung bunga-bunga. Sekali teringat hal berkabung terus kumbah laci mencari kot ada terselit stok tudung putih. Jumpa tudul bawal arwah mak, tapi macam pendek tudungnya. Baru teringat Nenek ada jual tudung hari tu, dan plastik bagnya ada dalam bilik bawah. Bergegas mencuba nasib kot ada shawl putih. Alhamdulillah ada sehelai, boleh la beli dengan Nenek haha. Maka hari ni Ummi bershawl putih ni. Mama Cu kata muka Ummi koreng (comot) pakai tudung warna putih. Cisssskek! Ummi rasa nak shopping tudung putih ni kejap lagi.

——————————–

Semoga roh Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh Kerabat Di Raja Johor semoga tabah menghadapi ujian Allah.

Related Posts

2 thoughts on “Ummi & Tudung Putih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!