Assalamualaikum & Salam Nuzul Quran..
Masih lagi bercerita mengenai persiapan raya. Almaklumlah tinggal beberapa minggu je lagi kita bakal menyambut Aidilfitri. Untuk keluarga kecil kami, boleh dikatakan 80% persiapan raya dah settled. Baju, kasut Babah dan The Ilhams semua dah siap beli. Ummi je tak siap-siap hahaha.
Hari Rabu lepas, sementara menanti waktu berbuka puasa Ummi meronda di AEON Mall Bukit Indah bersama kawan-kawan. Pusing punya pusing sempat juga Ummi singgah ke outlet Bata. Saja nak cuci mata tengok Bata “Hari Raya 2018 Collection”. Dah lama gila tak beli kasut jenama Bata tau. Dulu kecil memang setiap tahun arwah emak belikan kami kasut Bata. Memang jenama legend. Sedangkan Tun M pun masih setia dengan sandal Bata hehe. Semua kerana kualiti kasut Bata ni tak sama macam kasut lain. Kasut Bata ni memang diyakini kualitinya tahan lasak dengan harga yang berpatutan. Kata orang “alah membeli menang memakai” gitu.
Istimewa sempena Aidilfitri ni, Bata Malaysia memberikan tawaran PERCUMA RM25 BAUCAR DISKAUN dan Marie Claire Wrislet bagi mereka yang berbelanja RM149 atau belanja minima RM99. Menarik betul tawaran ni.
Inilah dia Marie Claire Wrislet yang ditawarkan. Cantik kan?
Lepas je baca pasal promosi istimewa hari raya tu, Ummi pun apa lagi terus la meronda keliling kedai Bata ni. Kawan-kawan pun terpaksalah join Ummi juga hahaha. Kuasa memaksa tu kuat hahaha sebab dorang kena tolong Ummi buat keputusan nak beli kasut yang mana ekekeke. Of course Ummi akan fokus pada “Bata Hari Raya 2018 Collection” la kan.
Baru mula satu rak Ummi dah start rambang mata.
Memang banyak sangat pilihan kasut-kasut wanita yang cantik-cantik design nya. Bingung Ummi nak memilih mana yang sesuai dan berkenan di hati. Harga memang mampu milik.
Kasut lelaki juga tak kurang banyak pilihan.
Apa lagi kasut kanak-kanak. Comel-comel geram tengok. Kalau The Ilhams nampak kasut-kasut super heroes ni konfem dia berkenan.
Kasut Spiderman
Kasut Superman
Kasut Batman
Sebenarnya yang terlebih berkenannya Ummi bukan diorang hahaha. Memandangkan diorang tak ikut jadi tak dapatlah Ummi cuba sarungkan pada kaki diorang tu.
Orang perempuan ni kalau dah ada kasutnya mesti la nak disepadankan dengan handbag kan. Korang boleh cuci mata tengok pelbagai design handbag yang cantik dan menarik di Bata ni tau. Alahai Ummi ni kan, asyik meronda bila nak siap cuba kasut ni hehehe. Ok, jom tengok Ummi cuba kasut-kasut yang menjadi calon-calon kasut raya Ummi dari “Bata Hari Raya 2018 Collection”.
Penat berdiri.. duduk pula.. masa ni Ummi berkenan dengan satu sandal ni.
Sandal ni pun Ummi suka, tapi masih berbelah bagi nak sandal ke nak kasut sarung. Kemain beriya nampak berbincang nak beli kasut dengan Noni haha. Nasib baik Ummi paksa diroang jadi penasihat tau hehehe.
Eqa suggest kasut ni nampak smart. Tapi tak ada pilihan warna lain selain blue black ni. Ok dalam pertimbangan.
Kasut ni pun macam ok juga.
Yang ni pun best tau. Selesa sangat pakai.
Ehhh tak puas hati nak juga sarung sandal lagi hahaha.
Kasut ni sebenarnya Ummi suka sesangat. Serious lembut gila. Memang selesa kaki memijak. Dalam fikiran Ummi kalau tak beli kali ni akan datang ummi nak ke Bata lagi nak beli design ni. Bukan saja boleh pakai masa berjalan tapi boleh bawa pakai pergi kerja hehehe.
Kasut terakhir Ummi cuba adalah kasut yang comel ni. Agak-agak korang kasut mana yang menjadi pilihan hati Ummi ya? Jeng.. jeng.. jeng.. elehhhh padahal kantoi Ummi dah bagi hint dah kasut mana hehehe.
Sebelum tu Ummi nak ucapkan terima kasih pada staff Bata AEON Mall Bukit Indah yang peramah dan tak jemu melayan kerenah Ummi. Lama kot terpusing-pusing kat dalam kedai Bata hehehe. TQ korang.
Thanks juga buat BFF Ummi ni yang dipaksa rela meneman Ummi ke Bata hehe.
Dannnnnnn kasut pilihan Ummi sempena hari raya tahun ni adalah kasut comel ni.. yeay!!! Harganya RM89 sahaja. Memang selesa, tapak lembut. Itu ciri-ciri yang memang dah sinonim dengan kasut keluaran Bata Malaysia ni. Kalau korang tak percaya pergi la Bata beli sepasang hehe. Kasut ni designnya pun cantik simple dan kemas. Sesuai bila berbaju kurung, berjubah mahu pun berseluar. Nak beraya banyak berjalan kan, kena pastkan kasut yang kita pakai tu selesa dan tak menyakitkan kaki. Kena bagi ruang kaki tu bernafas hehehe. Sebenarnya Ummi sempat juga grab dua pasang stokin untuk Abang Ilham hehe. Bila dah beli dua barang ni dapat lagi diskaun 10% wowww. TQ Bata Malaysia!
Korang yang belum beli kasut raya lagi cepat-cepat terjah mana-mana outlet Bata Malaysia ok. Ingat tau.. jangan lupa grab “Bata Hari Raya 2018 Collection”, korang berpeluang mendapat tawaran PERCUMA RM25 BAUCAR DISKAUN dan Marie Claire Wrislet bagi mereka yang berbelanja RM149 atau belanja minima RM99.
Selamat bershopping bersama Bata Malaysia!
BATA MALAYSIA
Website: https://www.bata.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/BataHome/
Instagram: https://www.instagram.com/batamalaysia/
saya suka jenis sandal comfort kat bata ni
aah mmg betul2 comfort