Ramadhan 2018 – Day 5

22/05/2018

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan ke 6..

Menu semalam, singgah kedai Ummi nampak ketam apa lagi terus la grab. Nak bagi selera orang puasa punya pasal. Jadi semalam Ummi masak..

Ketam yellow aka ketam masak lemak..

Ikan Dingkis lensei cicah kicap potong cili padi bawang.. limau kasturi tak ada jadi Ummi bubuh sikit cuka makan.

Tekak nak sangat makan mee goreng.. sekali kat kedai Acheh tak ada stok mee. Ummi beli maggi je. Jadilah maggi goreng togel sebab ada rencah udang je. taugeh tak ada.. sayur tak ada.. kucai tak ada. Tapi rasa ok sedap.

Akhir sekali buah mangga sebagai pencuci mulut hehehe. Ummi je yang bedal sorang. Budak-budak ni tak nak. Alkisahnya lepas siap masak Ummi tiga beranak naik la ke atas sementara nak tunggu waktu berbuka. Sebab kalau kat bawah Abang Ilham asyik merengek lapar. Kat atas suruh dia baring sambil layan kartun.

Tiba waktu dah nak berbuka, barulah kami turun. Sampai tangga Ummi jeling periuk nasi. Sekali hijau kejap muka Ummi nak oiiii. Ummi terlupa jerang nasiiiiiiiiiiiiiii.. helppppppppppppppppppp.. helpppppppppppppppppp.. aduhaiiii. Cuai betullah. Makanya Abang Ilham dah meraung lapar. Nasib baik Ummi masak maggi goreng. Jadi kami makan maggi goreng je dulu sementara tunggu nasi masak. Lagi bernasib baik sebab Babah tak ada. Kalau Babah ada, lagi hijau biru muka Babah ekekeke. Itulah cerita puasa kami di hari ke 5. Ehhh Ummi Babah pun sahur minum air je, Ilham je sempat makan nasi. Dugaan hari ke 5 betul hehehe.

Share this nice post:

2 Comments

  • Sis Lin

    22/05/2018 at 10:07 am

    Hahahahaha …mak ko ijo ek…adoiiii …paling takut bila nasi xmasak atau tak tekan suis nasi hahaha…
    Terus kuar iklan periuk ko atas tu hahahahaha

  • Seri Kandi Tanah Jauhar

    22/05/2018 at 11:35 am

    Adoi, baru nak komen pasal ikan dingkis (tak pernah dengar) tetiba terus rasa nak gelak terbahak2!
    kalau abah ada terus jadi Hulk Hogan agaknya

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: