Ramadhan 2018 – Day 2

19/05/2018

Hai morning and assalamualaikum semua..

Buat apa tu? Dah fikir menu berbuka puasa hari ketiga ke belum? Ummi masih berfikir-fikir lagi. Tapi ada orang tu request Ummi belanja dia berbuka steamboat Johnny’s. Tak sampai hati nak tolak, tunggu Babah bagi green light je ni.

Ok jom tengok apa menu berbuka puasa kami di hari kedua. As usual, lauk utama tu sah-sah requested by Abang Ilham. Ummi redho je apa lauk yang ada.

Ayam Red aka Ayam Masak Merah.. Ilham’s all time favourite! Hari-hari lauk ni pun dia ok je.

Daging salai masak lemak cili api.. ini sebenarnya lauk lebihan hari sebelum Syamil warded. Sayang punya pasal.. Ummi forzenkan bakinya. Yang penting lauk ni semalam Ummi sorang je yang bedal.

Petola, cendawan, capsicum tumis air berdaun sadri, daun bawang dan sooh hoon. Laju Syamil makan lauk ni, sebab ada soo hoon.

Epal Hijau.

Favourite drink Ummi.. Shaklee Performance Drink.. bagus untuk mengembalikan tenaga setelah seharian berpuasa. Bebas gula. Memang satu kemestian tau minum PD ni time sahur dan berbuka puasa. Rasa oren yang sedap.

Alhamdulillah selesai cabaran puasa hari kedua untuk Abang Ilham. Semalam masa ambil dia kat rumah Opah dia tengah termenung sambil buat muka toye hahaha. Sampai rumah merengek nak minum air. Tapi alhamdulillah masih bertahan hingga azan maghrib. Macam biasa hari bekerja kami berbuka tiga beranak je, Babah balik kerja pukul 8pm jadi dia berbuka di office.

Budak kecil sorang ni, fefeeling dia puasa walaupun berpinggan nasi makan kat rumah Opah hehehe. Abang Ilham jeles je tengok dia. Siap pertikaikan lagi..

“Ummi.. Syamil tu kan orang Islam juga.. tapi kenapa dia tak puasa?”

Ummi jawab.. “Syamil kecil lagi.. nanti kalau dia dah besar macam Abang pun Ummi ajar dia berpuasa”

Macam-macam ragam orang puasa ni kan. Ummi layankan aje lah. Hari ni pun baru sekerat hari dah macam-macam drama. Semoga Abang Ilham mampu belajar berpuasa sebulan.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: