Ramadhan 2018 – Day 1

18/05/2018

Assalamualaikum..

_DSC0477

Alhamdulillah dapat berkumpul sekeluarga di Ramadhan yang pertama. Memang dah plan awal untuk kami berbuka bersama-sama anak beranak. Nasiblah Syamil dapat discharge petang semalam, kalau tak meraung la Ummi dan Syamil berbuka berdua di hospital hehehe. Memasing menanti azan maghrib.

_DSC0480

Alhamdulillah juga sebab Abang Ilham berjaya menghabiskan puasa di hari pertama. Kemain dia tak sabar nak berbuka tau. Macam-macam soalan keluar sepanjang berpuasa.

_DSC0474

Ini rezeki kami untuk Ramadhan Day 1. Lauk-pauk tu semua Nenek yang masak. Jom tengok menu berbuka puasa kami sekeluarga.

_DSC0467

Kurma.

_DSC0466

Tembikai.

_DSC0465

Murtabak dan roti john MamaCu beli.

_DSC0475

Kuih tako Mama Cu beli.

wordswag_1526550773477.png

Popia sayur Ummi yang buat.

_DSC0471

Kari Ikan Senangin.

_DSC0470

Sambal Udang Petai.

_DSC0472

Kacang Panjang Goreng Berudang.

_DSC0468

Bak Choi Goreng.

_DSC0473
Ikan Jebong Goreng

Alhamdulillah syukur rezeki semalam. Hari ni Ummi masih tak dapat idea nak masak apa. Tunggu sampai rumah la baru fikir, sebab kena ada persetujuan Abang Ilham yang puasa tu. Ummi punya tekak tolak tepi, layankan je tekak dia tu kan. Reward untuk orang berpuasa. Esok Ummi plan nak buat ayam ala kenny rogers. Kalau tak esok lusa hehehe.

Ok, selamat berbuka puasa ya korang.

Share this nice post:

2 Comments

  • Sis Lin

    18/05/2018 at 4:26 pm

    Suka tengok menu tu semua, sebab banyak sayur..makan sayur banyak-banyak utk lawas ..hehehehe

    1. Hernee Nazir

      19/05/2018 at 12:23 pm

      aah betul kak.. ada lagi terselit lupa snap.. timun jepun..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: