My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Abang Ilham & Permintaan Basikal Lajak

20180217_183736

Bila ditenung muka Abang Ilham ni, memacam perasaan ada. Kesian dia selalu kena marah dengan Ummi. Almaklumlah anak-anak memacam ragam. Kadang buat muka Ummi hijau biru sampai tahap nak jadi pelangi. Abang Ilham dah makin membesar makin banyak akal. Nama pun “ILHAM” memang padu ilham dia bagi kat Ummi dan Babah. Kadang-kadang buat Ummi Babah terkedu.. nak gelak ke nak nangis hahaha.

Pagi ni dia buat soalan cepu emas masa bersiap-siap nak ke sekolah.

Ummi.. boleh tak belikan Ilham basikal lajak? Kawan-kawan Ilham bawa basikal lajak pergi sekolah agama..

Ummi terus berpaling pada Ilham.. adomakkkkk budak ni.

Apa?? Basikal lajak?? Macamana Ilham kenal basikal lajak?

Dia buat muka minta simpati..

Ilham kenal la.. kawan-kawan yang tunjuk basikal lajak diorang.

Ummi terus cari idea..

Basikal lajak tu mana boleh naik.. banyak kes accident tau.. bahaya.. kalau polis tahu nanti Ummi dengan Babah polis tangkap sebab bagi anak naik basikal lajak..

Dia tak puas hati..

Alaaaa.. kawan Ilham boleh je bawa basikal lajak.. Kalau tak boleh takpe lah Ummi belikan Ilham basikal lain..

Lega sikit Ummi dengar. Eh tak terfikir dia request basikal lajak oi. Dah la sesubuh hari request. Adoiii la budak Ilham sorang ni. Ummi pun bagi la ayat nak sedapkan hati dia.

Ok, nanti Ummi suruh Babah belikan basikal besar sikit tapi tak boleh basikal lajak. Tapi sebelum tu sila belajr bawa basikal biasa tu dulu. Buang dulu tayar dua kat belakang tu baru boleh beli basikal besar.

Jawapan Ummi tu agak menenangkan jiwa raga dia kot. Sebab nampak dia senyum sorang-sorang hahahaha. Tunggu birthday Ilham la Ummi hadiahkan basikal baru eh. Tema hadiah untuk birthday anak-anak tahun ni adalah basikal baru hahaha. Senang cerita!

Share this nice post:

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *